Penganalisis mendapati masalah pengangguran yang serius dalam negara berpunca daripada kualiti pendidikan negara yang menurun dan ia langsung tidak berkait dengan kumpulan etnik tertentu.
Felo Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (Seri), Dr Michael Lim Mah Hui, berkata masalah itu juga berpunca daripada masalah sosio-ekonomi lesu yang tidak khusus kepada kumpulan etnik tertentu di dalam negara.
"Perkara ini bukanlah masalah perkauman tetapi kelesuan sosio-ekonomi secara umum yang perlu dikaji secara rasional tanpa mengaitkan sentimen perkauman.
"Malangnya terdapat pihak tertentu membuat anggapan salah dan menjadikannya isu perkauman," katanya kepada The Malaysian Insider.
Lim menafikan mengambil pendirian bersifat perkauman sebelum ini seperti dalam artikel Bumiputera tidak mempunyai kualiti yang disiarkan The Malaysian Insider dan menegaskan beliau tidak merendahkan "kualiti" mana-mana kumpulan etnik tertentu.
"Apa yang saya cuba sampaikan ialah graduan (tidak mengira etnik) di Malaysia menghadapi masalah tidak bekerja dan mengganggur yang serius kerana kualiti pendidikan negara menurun,” katanya.
Lim berkata, kebimbangan masalah graduan diakui sendiri kerajaan pada tahun lalu, iaitu hampir 24% graduan memegang ijazah sarjana muda tidak mendapat pekerjaan.
"Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Sumber Manusia sendiri mengakuinya.
"Menurut KPT, seramai 184,581 graduan pada 2011, dan 44,391 atau 24% daripadanya pemegang ijazah sarjana muda mengganggur. Graduan sains sosial dan sastera adalah kumpulan paling tinggi mengganggur, sebanyak 45%," kata Lim merujuk kepada laporan Kementerian Pengajian Tinggi pada 8 Oktober 2012 di akhbar New Straits Times.
Selain itu, katanya, pungutan suara daripada agensi mencari pekerjaan Jobstreet tahun lalu juga menunjukkan graduan di Malaysia berhadapan masalah kemahiran komunikasi yang menyukarkan mereka mendapat pekerjaan.
"Sistem pendidikan negara menghadapi sesuatu yang tidak betul kerana selepas menghabiskan berbilion ringgit untuk melatih graduan, kita masih tidak mencapai tahap untuk diambil kerja dan setengah bilion atau lebih lagi perlu dibelanjakan untuk membolehkan mereka mendapat kerja," katanya.
Lim berkata, masalah pengangguran usaha dijadikan sebagai isu perkauman sebaliknya mengambil pendekatan lebih rasional dan analisis yang lebih tenang untuk menggantikan perbincangan daripada menyentuh sudut perkauman.
"Daripada menjadikannya sebagai isu perkauman dan lebih bermasalah, ia sangat penting untuk berfikir sejenak secara rasional dan membuat analisis lebih tenang untuk menggantikan perbincangan daripada sudut perkauman,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan