BULETIN ONLINE
Lebih membimbangkan, kejadian tersebut seakan-akan ‘bersiri’ sejak kejadian yang berlaku di masjid Kampung Batu Putih, Kemaman pada tahun 2009 dan kemudian diikuti kejadian yang berlaku di masjid Kampung Binjai Kertas di Hulu Terengganu, pada empat bulan lalu.
Ketuanya Ustaz Hishamudddin Abdul Karim berkata insiden terbaru yang menimpa ‘rumah Allah’ di Kampung Tebauk amat mengejutkan semua pihak dan lapisan masyarakat.
Beliau mempersoalkan dan menggesa kerajaan mendedahkan kepada rakyat, apakah hasil siasatan yang dibuat terhadap dua kejadian ‘masjid runtuh’ sebelum ini.
“DPPKKN merakamkan rasa dukacita atas insiden yang berlaku ini khususnya melibatkan masjid sebagai tempat ibadah ummat Islam. Kami mengharapkan agar insiden seperti ini tidak akan berulang lagi di negeri Terengganu.
“Dalam beberapa insiden keruntuhan bumbung anjung masjid ini, DPPKKN mempersoalkan sejauh mana siasatan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan berhubung dengan kedua-dua siri keruntuhan sebelum ini? Ketiga-tiga insiden keruntuhan ini berlaku dalam bentuk yang hampir sama, iaitu keruntuhan bumbung anjung masjid.”ujarnya.
Menurut Hishamuddin, selepas kejadian masjid Kampung Binjai Kertas pada pada 20 Mei 2013 lalu, Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said telah mengeluarkan kenyataan mengarahkan pihak yag berkenaan membuat kajian dan siasatan semua masjid yang baru dibina dan mempuyai rekabentuk yang sama degan masjid terbabit.
Namun setelah lebih tiga bulan berlalu, kata Hishamuddin, tidak ada sebarang pernyataan, samada dari Menteri Besar sendiri atau dari pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung hasil siasatan tersebut.
Justeru, beliau menuntut agar penyiasatan dibuat segera dan kerajaan perlu mengambil tindakan sebelum ada nyawa penduduk yang terkorban akibat sebarang kejadian runtuh.
“DPPKKN turut menuntut agar siasatan yang sama perlu dilakukan ke atas struktur bumbung dan bangunan di masjid-masjid lain di seluruh negeri Terengganu yang telah siap dibina dalam tempoh 2010-2013. Pihak kerajaan tidak perlu menunggu korban nyawa untuk kembali serius menanggani isu ini.
“DPPKKN turut memohon pihak kerajaan mengambil tanggungjawab yang lebih serius untuk mengurus kewangan dan harta benda kerajaan dalam setiap pembangunan,”ujarnya.
Beliau menegaskan, pemuda PAS mengecam sebarang salah guna kuasa dan penyelewengan sekiranya berlaku dan menyeru seluruh pihak memperkukuhkan sikap bertanggungjawab demi amanah yang telah disandang dan membina nilai integriti dengan sebaiknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan