HALAMAN SANTAI

Selasa, 1 Oktober 2013

Kerajaan yang menepati Janji


Oleh Sakmongkol


Kerajaan kita sedikit demi sedikit menunjukkan bahawa ia nya sebuah kerajaan yang tidak boleh dipercayai. PM Najib is deceiving the people through his backpedalling. Jika pemimpin nya sudah demikian, kerajaan yang dipimpin nya akan dilihat oleh rakyat sebagai kerajaan yang berdusta.

Memang benar BN menang 133 kerusi parlimen dan oleh kerana system pemilihan kita seperti yang ada sekarang, maka BN jadilah kerajaan. Tapi dia jangan lupa, dari segi moral nya, BN kalah kerana mereka hanya dapat 47% dari undi popular. Dalam bahasa mudah- walaupun puak BN mahu berhujjah sampai muka naik biru dan kerbau lembu pulang petang- PR lebih popular. Kerajaan yang memekakkan telinga kepada suara majority akan kecundang akhirnya.

BN boleh berjanji kerana ada kapasiti. Mereka menguasai kerajaan dan bolehlah berjanji apa sahaja. Janji PR adalah janji dengan syarat PR menang jadi kerajaan. Perbezaan ini tentulah mudah untuk fahami tapi oleh kerana ahli dan pemimpin UMNO terdiri dari orang2 bodoh, tentulah perbezaan yang paling basic ini tidak boleh difahami. Yang kata pemimpin UMNO bodoh ialah Dr Mahathir.

Rakyat bertambah marah kalau mengelirukan mereka. Tidak boleh melakukan janji boleh lagi diterima. Tapi dipermainkan, sukar rakyat terima. Sebagai contoh- memang benar PM Najib kata dia tidak akan turunkan harga minyak seperti yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat. Dia tidak akan melakukan perkara ‘sebodoh' itu. Tapi dia janji TIDAK akan naikkan harga minyak. Nah- sekarang, ron95 berharga RM2.20 dan disel RM2.00.

Yang menyebabkan rakyat bertambah naik darah, ialah cara kerajaan menerangkan kenaikan harga minyak. Kami bukan naikkan harga, kami kurangkan sabsidi. Sebab rakyat miskin yang menikmati sabsidi yang diberi keatas minyak disel dan ron95 hanya 33% dari penerima. Yang lebih nya orang kaya, yang pakai banyak kereta. Yang ambil keempatan sabsdi disel ialah tauke2 bot dan peniaga kaya.

Mari kita lihat kedangkalan hujjah kerajaan.

Dalam parlimen, timbalan menteri kewangan bersyarah panjang lebar menerangkan jumlah sabsidi keats minyak yang diberi. Jika kerajaan tak beri sabsidi, harga ron95 adalah sekitar RM2.70 sen. Sekarang ron95 hanya RM2.20. mana ada naik?

Ahmad Maslan kalau cakap kepada penyokong UMNO bolehlah. Yang hairan nya, penyokong UMNO ini tidak sedar kah- mereka pun kena bayar harga yang lebih tinggi. Bagaimana ia nya tinggi?

Bila rakyat pergi membeli minyak distesyen pam-mereka takkan berhenti sejenak dan melakukan perdebatan dalam minda bahawa sebetulnya, harga minyak tak naik. Yang dikurangkan ialah sabsidi. Pembeli tidak ada masa berbahas dalam kepala mereka mengatakan bahawa kalau tidak ada sabsidi, harga ron95 sebenarnya RM2.70sen atau seumpamany.

Bila kita sebagai pengguna dan pembeli pergi sestesyen minyak apa kita fikir? Kita akan fikir: sebelum x haribulan, harga disel RM1.80 dan ron95-RM2.00. selepas x haribulan, harga disel jadi RM2.00 dan ron92- RM2.20. hraga naik 20 sen. Itu sahaja. Tak ada perdebatan dalam kepala mengenai sabsisdi atau apa.

Rakyat bukan ada masa untuk berfalsafah mengenai sabsidi atau bukan-sabsidi. Kepada mereka, selepas x haribulan, harga disel dan ron95 naik. Dan menyusuli kenaikan harga minyak ialah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Kerajaan telah memberi sabsidi. Semasa sabsidi diberi rasional nya ialah membantu rakyat biasa. Ketika itu pemberian sabsidi diangagap sebagai suatu pengorbanan bersar oleh sebuah kerajaan yang bertanggung jawab dan menjaga rakyat seperti BN. sekarang, sabsidi dikurangkan kerana kerajaan kata mengikut kajian, yang menikmati faedah sabsidi ialah orang2 kaya. Orang tak kaya hanya 33%.

Soalan: jadi sebab utama sabsidi dikurangkan ialah untuk menghukum orang kaya? Kerajaan iri hati kepada orang kaya ke? Bukankah kerajaan ini sebuah kerajaan yang pro bisness? Jadi oleh kerana kita tidak mahu orang kaya menikmati faedah dari pemberian sabsidi melalui harga minyak yang rendah, kita hukum mereka dengan mengurangkan sabsidi? Tapi jangan lupa, sementara kita hukum yang kaya tadi, yang miskin juga yakni yang 33% lebih itu pun turut sama dihukum. Mereka pun kena bayar harga minyak yang sudah naik.

Kalau rasional kerajaan ialah menyekat yang kaya atau dalam pengucapan timbalan menteri kewangan- yang pakai BMW, Audi, Mercdes, Alphard, Vellfire dan kereta mewah yang lain dari menikmati harga minyak yang rendah, biarkanlah yang 33% itu membeli nya pada harga yang berbeza. Bukan begitu? Hukumlah yang kaya sahaja. Yang 33% itu jangan dizalimi. Biarkan rakyat biasa membeli pada harga lama?
Kalau nak menipu, tengok dan kaji sama ada pendengar itu sebodoh yang kerajaan sangkakan.

Rasional sebenar pengurangan sabsidi ialah sebahagian dari langkah penjimatan kerajaan untuk mengekang bajet deficit. Tahun 2013 ini, hutang kerajaan saya yakin sudah mencecah RM546 bilion. Jika di campur dengan tanggungan kontinjensi yang bernilai lebih dari 100 billion- hutang sector awam yakni kerajaan sudah melebihi 600 billion. Ini sudah melampaui tahap 55% daripada GDP kita. Kerajaan tidak cekap mengurus perbelanjaan dan pendapatan negara.

Jadi isiu yang lebih pokok bukanlah pencanangan pengurangan sabsidi sebagai langkah menyekat orang kaya menikmati sabsidi. Janganlah kerajaan melaga dan mengadu domba pertelingkahan antara klas miskin dan klas kaya dalam negara in. negara kita bukan ada perperangan klas( class war) antara kaya dan miskin. Isiu pokok sekarang ialah incompetence kerajaan mengurus ekonomi.

Tapi inilah kerja kerajaan kita. Mencari jalan bagaimana menanam rasa curiga dan syak wasangka untuk menutup incompetence mereka dalam mengurus dan mentadbir negara.

Isiu yang lebih pokok ialah bagaimana kerajaan melakukan penjimatan. Kalau penjimatan itu objektif yang lebih besar, maka sepatutnya langkah yang lebih berkesan ialah mengekang punca perbelanjaan besar yang lain. Dimana perbelanjaan yang lebih besar? Antara nya- pampasan kepada syarikat yang menngendali TOL. Kenapa kita beri mereka pampasan dan pada masa yang sama, kita benarkan mereka menaikkan bayaran TOL?

Lebih baik kerajaan ambil alih tol dan segala kutipan TOL di salurkan kepada sebuah institusi ala trust fund nasional. Hasil tol digunakan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat. Dalam aturan hari ini, semua hasil pergi kepada syarikat pengendali bukanya kepada rakyat.

Warga asing dalam negara kita menghantar RM20 billion setahun kenegeri asal. Mereka buat duit dalam negara tapi hantar kenegeri mereka. Apa pasal tidak belanja dalam negara? Itu penghantaran dari perkerja yang sah. Penghantaran dari pendatang tanpa izin bagaimana? Lebih kurang RM20 billion setahun juga.

Ertinya ada RM40 billion mengalir keluar dari negara kita setahun.

Berapa penjimatan dari penarikan sabsidi keatas ron95 dan disel? Untuk tahun 2013, RM1.1billion. untuk tahun depan RM3.3 billion. Jika kerajaan membenarkan hanya 50% boleh dihantar pulang, akan ada RM20billion lebihan dalam negara kita.

Itu belum lagi kita cakap mengenai pembatalan projek2 mega dan ketirisan akibat rasuah dan pengaliran wang secaar haram keluar negara. Kita cerita itu pada lain masa. Sekian walla hu ‘alam bissawab.

Tiada ulasan: