HALAMAN SANTAI

Khamis, 3 Oktober 2013

Menteri: Malang jika pindaan PCA tak dilulus




 

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sekiranya rang undang-undang pindaan ke atas Akta Pencegahan Jenayah (PCA) tidak diluluskan pada malam tadi, ia akan menjadi satu hari yang malang.

"Sekiranya (pindaan) PCA tidak diluluskan, ia akan menjadi hari yang malang kepada mangsa jenayah, katanya, mengulas dakwaan yang menyifatkan undang-undang baru tersebut sebagai “hari yang malang buat negara”.

Zahid menegaskan bahawa pindaan ke atas rang undang-undang tersebut bertujuan untuk memerangi jenayah dan menjamin hak mangsa jenayah tersebut.

Bercakap kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini, Zahid berkata, kerajaan pastinya tidak akan dapat memuaskan hati kesemua rakyat Malaysia.

Namun, kerajaan akan cuba memuaskan hati majoriti rakyat Malaysia melalui melalui usaha melaksana pindaan PCA, katanya lagi.

Tambahnya, tempoh tahanan reman bawah PCA juga disingkatkan dari 72 hari kepada 60 hari, mengikut pindaan berkenaan.

Katanya, polis hanya memerlukan tempoh 21 hari untuk menyiasat namun peguam negara dan timbalan pendakwa raya memerlukan masa lebih lama untuk menyediakan dokumen bagi menghadapkan suspek ke mahkamah.

Tiada ulasan: