HALAMAN SANTAI

Rabu, 2 Oktober 2013

Najib bertanggungjawab kes kematian peserta PLKN

Oleh: Masdar Wahid


KUALA LUMPUR : Naib Presiden KEADILAN, N Surendran menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab terhadap peningkatan jumlah kematian membabitkan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Terbaru pada 22 September lalu, Muhammad Suhaimi Norhamidi mati dibunuh selepas bergaduh dengan sekumpulan pelatih PLKN di Muadzam Shah, Pahang.
Suren
“Sebelum ini, Najib pernah mensasarkan kematian sifar dalam PLKN dan pada tahun 2013 ini, ia bukan sahaja gagal dicapai, malah jumlah anak muda Malaysia yang mengikuti PLKN terus meningkat.

“Ini menunjukkan Najib berhutang nyawa pada mangsa, keluarga dan seluruh rakyat Malaysia,” katanya kepada Keadilan Daily.

Pada 14 Mei 2008, sejumlah 16 kematian dicatat dan Najib yang menjawat Menteri Pertahanan ketika itu mensasarkan kematian sifar serta mengecam pihak yang mendesak beliau menamatkan PLKN.

Menteri Pertahanan selepas beliau, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan antara 2004 hingga Disember 2010, seramai 27 kematian dicatatkan.

“Rekod menunjukkan insiden gaduh kerap berlaku dan kematian adik Suhaimi menunjukan pentadbiran Najib cuai kerana gagal mengambil iktibar mengenainya. Kita kesal Najib setakat ucap takziah dan beri pampasan sedangkan ia sesekali tidak mengembalikan nyawa anak muda ini.

“Kita mahu Najib memohon maaf secara terbuka pada semua terutama keluarga mangsa,” kata Ahli Parlimen Padang Serai itu.

Tiada ulasan: