Oleh Masdar Wahid
KUALA LUMPUR : Penguasaan Mohd Nazifuddin Najib dalam syarikat SerSol Bhd membuktikan transformasi dicanang Perdana Menteri gagal, kata Pengerusi KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman.
Beliau mengulas mengenai penguasaan empat projek mega oleh anak Najib itu selepas dilantik sebagai pemegang saham utama dalam Sersol Bhd.
“Kita setuju jika anak PM dan menteri dilantik atas kelayakan, namun persoalannya adakah Nazifuddin mampu menguasai syarikat itu jika beliau bukan anak Presiden Umno,” soalnya.
Sebelum ini, Nazifuddin turut membeli 2.04 juta saham pada harga 84.5 sen seunit dan memiliki kepentingan dalam Harvest Court Industries Bhd, sebuah syarikat pembalakan.
Sementara pada 4 September lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan meminta Sersol Bhd terlibat secara langsung dalam enam projek mega di Malaysia berbanding dua dikuasai syarikatnya kini.
Projek dimaksudkan ialah Naza TTDI Sdn Bhd di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia, MRT Sungai Buloh-Kajang, Menara Warisan Merdeka PNB dan Tun Razak Exchange.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan