HALAMAN SANTAI

Khamis, 3 Oktober 2013

Parlimen lulus pindaan PCA, ‘Hari Gelap’ buat Malaysia

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan menyerupai Akta  Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diluluskan di Dewan Rakyat tengah malam tadi.

Keputusan pengundian yang dibuat awal pagi ini turut menyaksikan beberapa Fasal yang dibawa oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat ditolak dan pindaan diusulkan kerajaan diluluskan.
Sim
Selepas melalui proses perbahasan selama dua hari, sesi perbahasan yang bermula jam 4.30 petang semalam bersidang sehingga jam 1 pagi selepas Dewan mengemukakan usul memberhentikan jam pada jam 11:59 malam.

Rang undang-undang itu dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid pada semalam.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat membantah pindaan akta berkenaan kerana menyalahi hak asasi manusia dan zalim menyifatkan kelulusan itu sebagai satu lagi sejarah gelap demokrasi buat Malaysia.

“Hari gelap dalam demokrasi. Rang undang-undang PCA menyerupai ISA 2.0 diluluskan jam 12.50 pagi (tadi).

“Terima kasih kepada Umno BN kerana sekali lagi meletakkan Malaysia ke zaman gelap,” kata Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mengulas perkara itu.

Tiada ulasan: