HALAMAN SANTAI

Rabu, 23 Oktober 2013

Rafizi: 203A akan wujudkan si 'kebal' baru


MALAYSIA KINI
 
 
 
Seksyen 203A yang mahu diperkenalkan dalam Kanun Keseksaan akan menyebabkan wujudnya kumpulan "kebal" baru yang mampu melepaskan diri daripada tuduhan rasuah dan penyelewengan, dakwa Rafizi Ramli.

Rafizi, anggota Parlimen Pandan dan pengarah eksekutif Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat (NOW) berkata demikian dalam kenyataan bersamanya dengan Pengarah NGO itu Akmal Nasir hari ini.

NONE"Ia akan memberi kuasa yang melampau kepada ketua-ketua jabatan yang dengan mudah boleh mendakwa mana-mana kakitangan yang cuba mendedahkan penyelewengan bawah Seksyen 203A ini," kata mereka.

"Akibatnya, jika sebelum ini hanya menteri-menteri yang kebal dengan penyelewengan dan amalan rasuah masing-masing, kini kekebalan ini diperturunkan dan diinstitusikan pula di peringkat ketua jabatan dan pimpinan bawahan kerana mereka boleh berlindung di sebalik Seksyen 203A."
Menurut mereka lagi, tindakan itu juga akan melahirkan penjawat awam yang tidak mahu ambil tahu mengenai penyelewengan di sekeliling mereka kerana risiko penjara.

NOW, NGO yang mungkin terjejas dengan seksyen itu akan membentuk gabungan baru dinamakan BENAR bagi menentang rasuah, termasuk memansuhkan Seksyen 203A yang dianggap mereka melindunginya.

PKR kelmarin mendakwa, seksyen baru yang mahu diperkenalkan akan menjadikan Malaysia negara kuku besi kerana mengancam memenjarakan pegawai kerajaan yang mendedahkan sebarang maklumat kepada awam.

Naib Presiden PKR N Surendranberkata, perkara itu akan menjadikan Kanun Keseksaan lebih buruk daripada Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Tiada ulasan: