HALAMAN SANTAI

Jumaat, 18 Oktober 2013

Shabery Cheek bohong isu K-Pop, guna media raih simpati

KEADILAN DAILY



KUALA LUMPUR : Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berbohong apabila menunjukkan kementerian tersebut terpaksa membiayai konsert K-Pop, kata penyelaras NGO Jingga 13, Fariz Musa

“Pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2012 menunjukkan kementerian tersebut mengeluarkan belanja RM1.6 juta sempena Himpunan Sejuta Belia 2012,” kata Fariz.
fariz musa

Shabery Cheek sebelum ini mempertahankan kenyataannya bahawa kos konsert tidak menggunakan wang rakyat, sebaliknya dibiayai sumbangan penaja dan syarikat koperat.

Malah dilaporkan lebih daripada RM20 juta berjaya dikumpulkan melalu akaun Majlis Sukan Negara.

Dalam pada itu, Shabery yang kini Menteri Komunikasi dan Multimedia dilihat menyalahgunakan kuasanya untuk memastikan media seperti RTM menyiar secara langsung prosiding Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) membabitkannya.

“Bukankah tindakan tersebut adalah merupakan tindakan salahguna kuasa beliau sebagai menteri?
“Kenapa tidak kepada isu dan kes yang lain?, kata Fariz.

Tiada ulasan: