HALAMAN SANTAI

Jumaat, 18 Oktober 2013

#MeetAnwar di Adelaide, Australia 19 Oktober ini

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Satu program sembang santai, #MeetAnwar akan diadakan di Adelaide, Australia pada hari Sabtu 19 Oktober bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

#MeetAnwar Adelaide adalah anjuran Kelab Anwar Ibraahim (AIC) dengan kerjasama Solidariti Anak Bangsa Malaysia (SABM) Adelaide.

Program akan bermula pada waktu tempatan jam 6.30 petang bertempat di Bradford Lodge, 46 Watson Avenue, Rose Park, South Australia
19_Okt.
 Untuk sebarang makluman berhubung program, digalakkan untuk menghubungi penganjur di e-mel sabm.adelaide@gmail.com

Terdahulu, Anwar akan menyampaikan pidato pada sesi awam di Festival of Ideas ‘Dissent and Democracy’ di Adelaide University.

Beliau turut diundang Masyarakat Islam Selatan Australia (ISSA) untuk berkhutbah di Masjid Abu Bakr Assiddiq, Adelaide, Australia pada hari Jumaat, 18 Oktober ini.

Anwar akan menyampaikan khutbah bertajuk ‘Kebangkitan Dunia Islam, Peranan Minoriti Muslim Dalam Masyarakat Barat’.

Tiada ulasan: