HALAMAN SANTAI

Rabu, 17 Jun 2020

ANGKASA ajak belia kuburkan DAP dalam PRU akan datang

ainulillia


Jangan lagi tertipu dengan strategi pecah belah Melayu Islam

BANGI – Angkatan Pemuda-Pemudi BERJASA (ANGKASA) Melaka menggesa rakyat terutama belia negara ini supaya tidak lagi tertipu dengan parti tamak haloba, DAP. 

Ketuanya, Nurul Adzim Zakaria berkata, parti rasis dan cauvinis tersebut menggunakan strategi pecah dan perintah untuk kekal berkuasa yang menyaksikan perpecahan Melayu Islam sebagai bangsa majoriti di Malaysia.

Katanya, ia terbukti ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di mana Melayu dengan majoriti 60 peratus tetapi berpecah kepada beberapa penjuru hingga menyebabkan DAP yang minoriti, menang besar dan menjadi dominan mencatur kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Sepanjang pemerintahan kerajaan PH, DAP mencatur kerajaan PH telah menimbulkan banyak isu-isu hangat yang mengguris perasaan orang Melayu contohnya pengiktirafan UEC yang dibawa Dong Zong, penghinaan tulisan Jawi, pengedaran arak, mencalarkan kedaulatan raja, kemasukan pelancong China secara haram dan sebagainya. 

“DAP juga konsisten tidak suka kepada identiti Islam dan Melayu, mana mungkin DAP akan menjaga kebajikan dan ekonomi orang Melayu sebagai majoriti penduduk negara ini. 

“Malah lebih teruk lagi, negara telah terjebak kepada penambahan hutang kerana urus tadbir menteri-menteri DAP yang tidak kompeten,” katanya dalakm kenyataan, hari ini.

Justeru, beliau berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) seharusnya memperjuangkan agenda Melayu dan Islam serta menjaga kesepakatan majoriti orang Melayu jika mahu kekal berkuasa. 

“Tidak mustahil mereka juga akan menerima nasib yang sama seperti PH, jika perpecahan dalaman dan perebutan kuasa yang tidak berkesudahan,” katanya.

Nurul Adzim menegaskan, BERJASA terus konsisten membawa agenda jati diri watan Malaysia yang berteraskan Islam, Melayu dan raja bermula sejak PRU-13 lagi. 

Meskipun, ketika PRU-13 seruan ‘Melayu Sepakat Islam Berdaulat’ tidak mendapat sambutan masyarakat, namun kini katanya, ia terbukti menjadi solusi kepada kedaulatan Islam yang tercinta. 

“Natijahnya parti rasis dan cauvinis tersebut telah hilang kuasa dan menyebabkan DAP terdesak menjaja perpecahan sesama Melayu menerusi kenyataan biadab serta hasutan pemimpinnya. 

“Kejatuhan kerajaan PH setelah 22 bulan pemerintahan telah menghalang DAP membawa agenda mereka untuk mengubah identiti negara kepada ‘Malaysian Malaysia’ yang jelas bertentangan dengan sejarah kedaulatan tanah Melayu ini,” katanya.

Dalam pada itu, ANGKASA turut menyeru anak muda untuk mendaftar sebagai pengundi dan menunaikan tanggungjawab mengundi demi menjaga kedaulatan jati diri watan Malaysia yang berteraskan Islam, Melayu dan Raja. 

“Para pengundi yang bijak menilai diseru tidak lagi mengundi wakil rakyat DAP setelah kerosakan negara yang telah mereka lakukan. 

“Kita harap DAP terus ditolak sehingga mereka tidak mampu menang kerusi Parlimen mahupun DUN dan terus terkubur bersama agenda mereka,” katanya.

Tiada ulasan: