SEBUAH kedai roti canai di Taman Melawati, Ampang dirempuh sebuah kereta dipercayai dipandu lelaki dalam keadaan mabuk.
Kejadian dipercayai berlaku malam semalam ketika pemilik kedai sedang menguli tepung untuk membuat roti canai.
“Pemandu mabuk masuk kedai kami. Nasib baik Allah panjangkan lagi nyawa kami suami isteri.
“Kalau tak, tak tahu la apa nasib. Esok terpaksa tutup kedai la jawabnya,” kata maklumat yang tersebar di laman sosial dipercayai daripada pemilik kedai.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden Mohd. Azam Ismail mengesahkan kejadian yang berlaku malam semalam.
Jelasnya, suspek iaitu seorang lelaki tempatan telah ditahan sejurus kejadian dan siasatan sedang dijalankan.
Sementara itu, ruangan komen di Facebook dipenuhi dengan komen-komen berbaur marah apatah lagi sudah berkali kes-kes melibatkan pemandu mabuk dilaporkan media.
Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Insan Kerdil Kerdil berkata, selagi hukuman berat tidak dikenakan terhadap pemandu mabuk, selagi itulah pemandu mabuk akan terus mencabar undang-undang sedia ada.
Seorang lagi pengguna Facebook Mizie Zie Zara turut bersetuju undang-undang yang tidak ketat membuatkan pemandu tidak berasa takut dengan kes-kes yang berlaku sebelum ini. -SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan