HALAMAN SANTAI

Jumaat, 26 Jun 2020

Covid-19: Enam kes baharu, jumlah kes aktif bawah 200

Kumara Sabapatty
MGF17052020_PKPB-PUDU12-681x454
Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan saringan ke atas penduduk berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan penularan Covid-19 ketika tinjauan Malaysia Gazette di sekitar kawasan Jalan Pudu, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL

PUTRAJAYA – Sebanyak enam kes positif baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam sehingga pukul 12 tengahari tadi manakala 23 kes telah pulih dan dibenarkan discaj.

Berikutan itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19
berjumlah 191 kes dan jumlah kumulatif kes positif virus itu adalah sebanyak  8,606 kes.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, idaripada enam kes baharu yang dilaporkan, lima kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan empat warga Malaysia dan seorang bukan warga yang dibenarkan masuk ke negara ini di atas urusan kerja.

“Manakala satu kes lagi iaitu kes keenam penularan di dalam negara pula adalah warganegara Malaysia, iaitu kes saringan tempat kerja di Kuala Lumpur, tetapi tiada penularan dalam negara dalam kalangan bukan warganegara dilaporkan pada hari ini,” katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Menurut Noor Hisham, sehingga kini, sebanyak dua kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes yang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Pada masa sama, tambah beliau, tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: