PAN Kelantan dilihat cukup terdesak mencari isu dan
suaka baharu dalam kemelut politik tanah air.
Terkini Ketua Pemudanya
begitu terdesak menggunakan saluran ‘Youtube’ sebagai satu platform
baru dalam mencari sokongan rakyat Kelantan. Setelah peranan PAN gagal
mempamerkan peranannya di peringkat nasional. Kini mula menjadikan
negeri sebagai tempat bangkit kembali setelah aura ‘Tai Chi’ kembali tular.
PAN
merubah strategi baru dengan menggunakan isu-isu sensitif bagi memberi
imej buruk kepada kerajaan negeri dalam menangani kemelut rakyat pasca
COVID-19. Usaha dan ikhtiar serius serta langkah yang diambil oleh
Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) dalam membendung penularan
wabak diperlekehkan dan menjadikan Exco tertentu sebagai sasaran
kecaman.
Sedang rakyat dan kerajaan mula ingin merasai nafas
baharu selepas dibelenggu kuarantin yang meresahkan semua pihak, PAN
kini mula sebarkan virus baharu yang lebih dahsyat yang boleh mematikan
akal masyarakat.
Adakah Ketua Pemuda (KP) PAN Kelantan sedar, sebarang keputusan ataupun ‘Standard Operation Prosuder’ (SOP) yang ditetapkan kerajaan adalah keputusan bersama jawatankuasa JKKN yang dipengerusikan oleh Menteri Besar dan dianggotai oleh 23 panel khas yang merangkumi semua sektor penting di kalangan tokoh yang berwibawa. Segala maklumat dan data dipersembahkan dengan begitu cermat demi kepentingan dan keselamatan rakyat dalam menghadapi wabak yang luar biasa ini.
Jika SOP JKKN ingin dipertikaikan oleh Ketua Pemuda PAN, seeloknya SOP atau pekeliling di awal PKP yang ditetapkan kerajaan juga perlu dipertikaikan. Perlu ada bual-bicara rakyat yang membantah Kerajaan menghadkan aktiviti sehingga jam 7 malam, masjid-masjid yang dihadkan para jemaahnya, stesen-stesen minyak yang dihadkan tempoh operasinya dan lain-lain.
Di mana KP PAN pada waktu tersebut? Untungnya sekarang hasil usaha JKKN dan MKN akhirnya rakyat merasai kelonggaran dan membolehkan KP PAN Kelantan bebas ke sana ke sini untuk terjah rakyat.
Hasil ketegasan yang dilaksanakan oleh JKKN Kelantan dan panduan MKN dalam merangka SOP khusus bagi negeri Kelantan. Akhirnya Kelantan berjaya mengembalikan negeri kepada Zon Hijau setelah beberapa ketika bergelut dalam Zon Kuning dan Merah. Segala keputusan dan tindakan adalah untuk manfaat bersama semua pihak dalam menghadapi saat ‘Norma Baharu’.
Saranan kepada KP PAN eloklah buat terjah bicara yang mampu memberi manfaat kepada rakyat serta memberi solusi kepada rakyat dalam menghadapi saat getir dalam Norma Baharu, bukannya menjadi pihak yang mengadu domba atau ‘menahan lukah diperbentingan’.
Merangka SOP untuk maslahat rakyat tidak semudah mempromosi ‘sumbu’ untuk penjimatan petrol.
*JAMAL NAJMUDDIN SULAIMAN- Jabatan Penerangan DPPNK – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan