PEKAN : Pilihan Raya Kecil
(PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N23 Chini menyaksikan beberapa isu
terus dilontarkan rakyat di daerah itu kepada calon-calon bertanding .
Tidak terkecuali, masyarakat Orang asli di Kampung Gantung Geriang yang mahukan penempatan lebih selesa serta dilengkapi kemudahan asas.
Menurut Ketua Kampung, Tom Busu, 63, keadaan rumah serta kemudahan asas di kawasan yang didiami lebih 100 keluarga itu perlu ditambah baik.
"Bagi saya kalau boleh saya hendak macam rumah (ditambah baik) sebab lama sudah saya duduk rumah sini. Saya nak macam rumah (Projek Perumahan Rakyat) PPR yang kerajaan bagi itu, sebab senang, ada kipas angin," katanya ketika ditemui media di sini hari ini.

Dari sudut pendapatan pula katanya, masyarakat Orang Asli turut memerlukan bimbingan dari wakil rakyat yang bakal dipilih.
Justeru, harapannya agar keluhan masyarakat Orang Asli dari kaum Jakun itu didengari oleh wakil rakyat yang bakal dipilih pada 4 Julai depan.
Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini menyaksikan 20,990 pengundi bakal memilih wakil rakyat mereka pada 4 Julai depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan