HALAMAN SANTAI

Rabu, 24 Jun 2020

Chini Memilih: Pilih calon tidak gentar bersuara - Fuziah Salleh

Chini Memilih: Pilih calon tidak gentar bersuara - Fuziah Salleh
Pengundi bebas mengundi mana-mana calon namun pemilihan yang tepat membolehkan hak dan kebajikan mereka diberi perhatian. -Bernama

KUANTAN: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang, Fuziah Salleh, menyeru pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini membuat pilihan bijak dengan memilih calon yang tidak gentar bersuara.

Ahli Parlimen Kuantan itu berkata, walaupun pengundi bebas mengundi mana-mana calon namun pemilihan yang tepat membolehkan hak dan kebajikan mereka diberi perhatian.

"Adalah menjadi hak pengundi untuk memilih mana-mana calon yang dirasakan boleh mewakili mereka, termasuk ahli dan penyokong PH yang pasti tidak mahu beri kemenangan percuma kepada Barisan Nasional (BN).

"Pengundi di DUN Chini ialah pemegang taruh yang penting. Mereka wajib menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat demi memastikan hak dan keperluan mereka terjamin," katanya di sini, pada Ahad.

Beliau dalam pada itu, mengingatkan pengundi dan calon PRK Chini selain petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak kewujudan kluster baru COVID-19.

"Jaga pematuhan SOP dengan ketat dan sama-sama kita menjaga keselamatan diri masing-masing," katanya.

Tiada ulasan: