Alhamdulilah segala puji bagi Allah. Itu sahaja yang terlintas bila membaca berita dibawah ini. Elok benar Sheikh Omar Ali kembali ke pangkal jalan dengan memilih fikrah politik yang lebih mendatangkan kebaikan untuk agama dan negara. Masakan tidak, dari seorang aktivis pemuda PAS yang aktif di kampus dengan latar belakang pendidikan agama, lulusan dalam bidang Usuluddin dari Universiti Malaya itu adalah pelapis dalam kepimpinan pemuda PAS sejak tahun 2008. Malangnya selepas bertahun-tahun terlibat dalam kumpulan pelajar di kampus akhirnya memilih untuk menyertai Parti DAP.
Sebelum dari itu beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai media kepada ketua pemuda PAS Suhaizan Kayat, dan kekal bersama parti itu sehingga krisis kepimpinannya pada tahun 2015, yang akhirnya menyaksikan golongan ‘ acah – acah profesional’ digulingkan oleh kem ulamak.
Setelah mengambil jalan yang berbeza, Sheikh Omar Ali memilih untuk tidak menyertai AMANAH, tetapi sebaliknya, menyertai DAP. Keputusan yang begitu janggal ini melayakkan DAP mempergunakan beliau bagi membuktikan kepada umum bahawa kununnya DAP bukanlah sebuah parti yang rasis walhal hakikatnya, kedudukan dan pangkat yang mereka beri kepada golongan ini hanyalah mempunyai maksud disebaliknya. Tetapi apa boleh buat, kedudukan, harta dan wang adalah mampu mengoda maruah dan prinsip hidup seseorang.
Melihat dari sisi pandang seorang muslim, kita hanya mahu bersangka baik bahawa DAP sebenarnya tidak berjaya mengDAPkan beliau secara keseluruhan. Ini kerana terlalu banyak kemungkaran yang DAP sorok selama ini ditonjolkan dengan bangganya selama 22 bulan mereka memayungi kerajaan PH. Sedikit sebanyak terdetik iman dihati beliau apabila melihat Kerajaan Melayu / Islam dibawah Perikatan Nasional berjaya menguruskan kerajaan dengan cemerlang dalam masa 100 hari ini walaupun berhadapan dengan pendemik covid 19 dan keadaan politik yang tidak menentu.
Apa pun perbincangan beliau ketika bertemu Perdana Menteri kita hanya
harapkan bahawa ada sinar untuk beliau kembali kepada fikrah politik
yang lebih menguntungkan agama, bangsa & negaranya. Insyallah.. MINDA RAKYAT
* Yeop Karai - Seorang pesara tentera, pemikir politik & Juara Dam Haji Warong Pak Mat Pulau Tiga Kampung Gajah. Kini pencinta Nasi Kandar sepenuh masa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan