HALAMAN SANTAI

Jumaat, 26 Jun 2020

Rais ingatkan Tok Mat, siapa kita sebelum ini

Manzaidi Mohd Amin
MGF28042019_PESTA-SENI-BUDAYA-DAN-WARISAN-MINANGKABAU15-681x454
Dr. Rais Yatim

KUALA LUMPUR – Senator Tan Sri Dr. Rais Yatim mengajak Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama-sama dalam saf kepimpinan Perikatan Nasional (PN), bukannya cepat melatah menggesa kerajaan membubarkan Parlimen sebagaimana dilakukan Singapura.

Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan itu menegaskan, faktor Singapura tidak sama seperti Malaysia yang menitikberatkan keutamaan negara, kewilayahan, capaian dan ekonomi.

Katanya, semua faktor itu jauh berbeza antara Malaysia dengan Singapura, dan kerajaan tidak perlu mengikuti apa yang dilakukan kerajaan negara jiran, terutama pembubaran Parlimen untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU).

“Takkan terus nak ikut Singapura dalam perjuangan Malaysia adinda Tok Mat. Faktor keutamaan negara, kewilayahan, capaian, “keDi-rajaan”, ekonomi dan lain-lain berbeza langsung.

“Bersamalah dalam saf PN. Muafakat baik-baik, biar kuasa sama digenggam. Jangan lupa siapa kita sebelum ini,” katanya menerusi ciapan Twitternya.

Beliau menjawab kenyataan Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Tok Mat, menyarankan kerajaan PN membubarkan Parlimen tanpa berlengah sebagaimana yang dilakukan oleh negara jiran Singapura.

Katanya, Perdana Menteri republik itu, Lee Hsien Loong telah membubarkan Parlimen untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan pada 10 Julai 2020 bagi memastikan kerajaan yang memerintah mempunyai mandat yang baik dan diyakini.

“Dalam konteks negara kita, adalah baik jika kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin juga melakukan perkara yang sama tanpa berlengah,” kata Tok Mat dalam kenyataannya, semalam. – MalaysiaGazette

* Bubar Parlimen tanpa berlengah – Mohamad Hasan

Tiada ulasan: