HALAMAN SANTAI

Khamis, 25 Jun 2020

Najib, Najib, Najib, Najib, Najib

MUNGKIN kerana bosan namanya selalu dipetik dan disebut oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengira bilangan namanya disebut oleh Ahli Parlimen Langkawi itu dalam hantaran terbaharunya di Facebook.

Menurut Najib, bekas Perdana Menteri itu telah memetik namanya sebanyak lima kali dalam hantaran yang bertajuk ‘Nasihat’

“Posting dia tadi. Najib, Najib, Najib, Najib, Najib, Najib. Dalam satu perenggan saja pun dia mampu petik nama Najib sebanyak 5 kali,” kata Najib.

Hantaran terbaharu Dr. Mahathir memberitahu banyak nasihat diterimanya agar menyokong dan bekerjasama dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.

Tun M tidak ingin bersama Muhyiddin, selepas dinasihat bekerjasama

Dalam hantaran sepanjang 14 peranggan hari ini Dr. Mahathir telah menyebut nama Najib di dua perenggan:

Nama Najib disebut dalam perenggan ke-3,  “Dia bersama dengan saya dan beberapa kawan lain menubuh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) khusus untuk menjatuh Kerajaan Kleptokrasi Najib Razak.”

Nama Ahli Parlimen Pekan itu juga diulang pada perenggan ke-10,”UMNO menyokong Muhyiddin jadi Perdana Menteri supaya usaha untuk lepas Najib dari dipenjara dapat dilakukan. Kita dapat lihat usaha ini sedang berjalan. Jauh dari menunai janji untuk jatuhkan Najib, Muhyiddin sekarang sedang berusaha supaya Najib bebas dari segala tuduhan dan dapat bertanding dalam PRU 15. Di waktu itu Najib tidak perlu Muhyiddin lagi, kerana Najib berhasrat menjadi Perdana Menteri.”

Dalam hantaran terbaharu, Dr. Mahathir memberi tahu dia tidak ingin bersama dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.

Penegasan itu dibuat selepas ramai yang menasihatkan beliau untuk menyokong dan bekerjasama dengan Muhyiddin.

Dr. Mahathir menjelaskan beliau menolak nasihat itu kerana merasakan tindakan Ahli Parlimen Paloh itu menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan sebagai satu pengkianatan terhadap perjuangan Bersatu.-SM

Tiada ulasan: