HALAMAN SANTAI

Khamis, 25 Jun 2020

Dr. Mahathir gagal hubungi GPS

MALAYSIA GAZETTE

MGF01032020_KEDIAMAN-MUHYIDDIN-YASSIN_43-681x454
Abang Johari Abang Openg

PETALING JAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dr. Mahathir berkata, beliau tidak berjumpa malahan gagal menghubungi Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibentuk.

“Saya tidak berjumpa dengan beliau, malahan tidak boleh menelefon beliau,” katanya kepada Sinchew Daily.

Ditanya sama ada GPS akan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahathir berkata: “Anwar kata GPS menyokongnya, tetapi saya melihat GPS menyokong Muhyiddin.”

Kata Dr. Mahathir lagi, beliau tiada apa-apa yang dapat dicadangkan kepada GPS pada masa ini.

Dr. Mahathir bagaimanapun berkata, Abang Johari pernah bertemu dengannya sebelum “Pertemuan Sheraton.”

“Beliau menyatakan sokongan 100 peratus kepada saya, oleh itu saya sangat gembira. Tetapi, apabila sampai masa menandatangan, mereka tidak menyokong saya,” katanya.

Menurut Dr. Mahathir, beliau tidak tahu apa yang menyebabkan pertukaran pendirian GPS.

“Kami harap GPS dapat memberi sokongan, anda tahu Muhyiddin meluluskan banyak duit untuk Sarawak, ini merupakan satu bentuk rasuah, iaitu cuba mendapat sokongan Sarawak,” katanya.

Tiada ulasan: