HALAMAN SANTAI

Sabtu, 27 Jun 2020

Hei Khalid, tanpa Wan Azizah, Anwar bertuah Dr.M jadi PM

PENGARAH Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad diingatkan tanpa kerjasama Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tak mungkin Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri ke-7.

Ingatan itu diberikan oleh bekas pengasas PKR Dr. Syed Husin Ali yang berkata, Dr. Mahathir bertuah menjadi PM-7 atas kerjasama yang diberikan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri dan Presiden PKR itu.

“Hei Khalid. Tanpa kerjasama daripada Wan Azizah serta Anwar, bertuah Mahathir boleh jadi PM ke-7,” ciap Syed Husin di Twitternya hari ini.

Khalid yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan Rabu lalu dilaporkan oleh sebuah portal sebagai berkata, Pakatan Harapan (PH) sedia menjadi perantara bagi mendamaikan hubungan antara Dr Mahathir dan Anwar.

Beliau mengakui perkembangan semasa menunjukkan hubungan ‘kurang positif’ antara kedua-dua tokoh itu. Namun menurutnya, harapan tetap ada untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin itu seperti dilakukan menjelang pilihan raya umum lalu.

Dr. Mahathir sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan akan menghentikan kerjasama dengan Anwar apabila pemimpin PKR itu tidak memilih beliau sebagai calon PM-9.

“Setakat ni, lepas kenyataan itu, memang nampak kurang positiflah, tapi tak menjadi alasan untuk kita tak meneruskan usaha kita.

“Ini bukan satu perkara yang kita boleh mengharapkan natijahnya dengan segera.

“Sepertimana pada 2018, kita telah berjaya mendamaikan di antara Tun (Mahathir) dan parti yang dipimpin oleh Anwar, insya-Allah, kita akan berjaya sekali lagi. Tapi kena berusahalah,” katanya.-SM

Tiada ulasan: