CHINI – Selepas bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak turun padang dalam siri kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, tiba giliran nama-nama besar dalam UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pula memainkan peranan masing-masing.
Antara yang dijadualkan turun untuk berkempen esok adalah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Kedua-dua mereka dijadualkan muncul dan memberikan ceramah bagi merancakkan lagi kempen PRK Chini.
Selain pemimpin UMNO, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzan Zainuddin juga dijadualkan turun ke Chini.
Menteri Dalam Negeri itu akan mengadakan lawatan ke dua buah balai polis iaitu di Balai Polis Paloh Hinai dan Balai Polis Chini.
Ini kali pertama pemimpin Bersatu itu turun di kawasan ini sepanjang kempen PRK yang berlangsung sejak 20 Jun lepas.
Bersatu di Chini menimbulkan isu apabila bekas timbalan ketua parti itu di Pekan, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin bertanding sebagai calon bebas.
Selain Najib, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut berkempen bagi memenangkan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan