ADALAH lebih baik untuk membubarkan Dewan Rakyat sekiranya operasi
‘jual-beli’ ahli-ahli Parlimen (MP) terus dilakukan oleh Pakatan
Harapan.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata,
adalah wajar mandat dipulangkan semua kepada rakyat untuk memilih
pemimpin yang benar-benar jujur berjuang menjaga kebajikan mereka
berbanding berebut kuasa
“Jika operasi ‘jual-beli’ dan ‘tarik-tali’ dikalangan Ahli-Ahli
Parlimen terus dilakukan oleh PH yang kononnya telah mencapai kata
sepakat antara Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan
Kerajaan.
“Maka lebih baiklah dibubarkan saahaja Parlimen dan diserahkan
kembali mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin-pemimpin yang
benar-benar jujur berjuang menjaga kebajikan mereka berbanding berebut
kuasa terutamanya di kala rakyat makin susah pasca PKP ini,” kata Asyraf
Wajdi.
Semalam berlangsung mesyuarat pemimpin kanan Pakatan Harapan bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad di ibu pejabat PKR.
Turut hadir Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausha Agung
DAP Lim Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden Parti
Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta bekas
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Media melaporkan Pakatan Harapan (PH) dikatakan masih meletakkan
harapan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri jika
mereka kembali membentuk kerajaan.
Malaysiakini melaporkan, berdasarkan maklumat daripada satu sumber,
pemimpin tertinggi dalam pakatan itu telah membuat keputusan selepas
beberapa siri perbincangan.
Memetik laporan portal berita itu, minggu lalu menyaksikan banyak
pertemuan antara para pemimpin berkenaan dan persetujuan telah dicapai.
salah seorang pemimpin Bersatu, Datuk Marzuki Yahya mengakui PH
bersama sekutunya yang kini dikenali sebagai PH Plus dikatakan telah
mencapaikan persetujuan bersama berhubung calon Perdana Menteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan