HALAMAN SANTAI

Khamis, 11 Jun 2020

SOP korban dibentang tidak lama lagi

Shawaliah Hadir
MGF11062020_DEMONSTRASI-INOVASI-PENYEMBELIHAN-LEMBU12-681x454
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin serta yang lain menyaksikan Demonstrasi Inovasi Penyembelihan Lembu menggunakan Sangkar Penyembelihan Mudah Alih di Biotechnology Incubation Centre, Taman Teknologi di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI,

KUALA LUMPUR – Prosedur Operasi Standard (SOP) ibadah korban  bagi sambutan Aidiladha dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dijangka dibentangkan dalam tempoh satu atau dua minggu akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri berkata, pihaknya telah selesai membentuk SOP sejak Selasa lalu dan memasukkannya ke Fatwa Majlis Kebangsaan.

Nemun beliau tidak menolak kemungkinan penambahbaikan perlu dilakukan berdasarkan resolusi Majlis Fatwa Kebangsaan.

“SOP kita telah bina dan sejujurnya pada hari Selasa baru-baru ini. Kita telah masukkan dalam Fatwa Majlis Kebangsaan. Wakil penyelidik kami ada dan tengok bersama-sama mungkin kita akan tambah baik dan Insyallah selepas itu kita akan buat resolusi dan mungkin dalam seminggu atau dua minggu lagi untuk bentangkan SOP akhir berkenaan pengunaan sangkar dan juga ibadah korban ketika PKPP,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Demosntrasi Inovasi Penyembelihan Lembu Menggunakan Sangkar Penyembelihan Mudah Ali cetusan Akar Umbi Yayasan Inovasi Malaysia (YIM).Dalam tempoh PKPP, sambutan perayaan Aidiladha dan pelaksanaan ibadah korban dibenarkan namun ia tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) pihak berkuasa agama Islam. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: