HALAMAN SANTAI

Isnin, 1 Mac 2010

Chow Kit, Masjid India dikuasai penjaja asing

Oleh Asrol Awang


KUANTAN: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mendedahkan kira-kira 70 peratus perniagaan, khususnya di sekitar Masjid India dan Jalan Chow Kit di Kuala Lumpur kini dimonopoli warga asing.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, berkata berdasarkan laporan, pembabitan warga asing terbabit berpunca daripada sikap peniaga tempatan sendiri yang lebih gemar menyewakan premis mereka untuk mendapat keuntungan mudah.

Katanya, keadaan itu tidak boleh dibiarkan berleluasa kerana ia boleh menjejaskan sumber pendapatan rakyat negara ini terutama golongan peniaga Bumiputera.

"Sehubungan itu, KPKT memberi amaran keras termasuk membatalkan lesen perniagaan peniaga yang bertindak menyewakan premis mereka kepada warga asing.

"Sebagai langkah awal, kita memberi tempoh kepada peniaga tempatan untuk kembali menjalankan perniagaan mereka jika tidak mahu dikenakan tindakan," katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Kebersihan Pasar Awam Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Pasar Tani Mega, di sini semalam.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan polis dan PBT membanteras warga asing yang berniaga secara tidak sah di pasar di seluruh negara.

Beliau memberi amaran tindakan turut dikenakan ke atas peniaga tempatan yang bersekongkol dengan menyerahkan lesen mereka kepada warga asing.

Lajim berkata, berdasarkan statistik, kira-kira dua juta warga asing berada di negara ini untuk mencari rezeki terutama dalam sektor pembinaan, perladangan dan perkilangan.

Katanya, selepas mereka memonopoli tiga sektor berkenaan, tidak sewajarnya sektor perniagaan turut dikuasai mereka juga.

"PBT diminta bertindak tegas terhadap peniaga tempatan yang membenarkan premis mereka dikuasai warga asing," katanya.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan polis dan PBT membanteras warga asing yang berniaga secara tidak sah di pasar di seluruh negara.

Beliau memberi amaran tindakan turut dikenakan ke atas peniaga tempatan yang bersekongkol dengan menyerahkan lesen mereka kepada warga asing.

Tiada ulasan: