IPOH - Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin F:adzli Samsuri menegaskan bahawa beliau tidak akan sekali-kali melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen dan mempertahankan jawatan itu sehingga pilihan raya akan datang, meskipun terdapat desakan daripada pelbagai pihak.
“Saya juga tidak akan sertai mana-mana parti sama ada Barisan Nasional, kerana saya Bebas yang mengikut prinsip keadilan dan lunas-lunas Islam serta Perlembagaan,” katanya dalam satu sidang media khas di sebuah hote:l di sini, semalam.
:Menurutnya, tindakan keluar parti disebabkan pertelagahannya dengan peringkat Bahagian, disebabkan masalah kewangan.
“Kalau ada duit, senyap. Setiap kali nak, dia minta... bukan sedikit, tetapi lebih daripada RM2,000. Apa yang saya tengok, dia tidak ada perancangan," katanya.
Menurutnya, selama memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen, beliau sering dipinggirkan dalam Pakatan Rakyat.
“Saya dapati bahawa pemimpin Cabang tidak amanah tetapi saya menghormatinya, saya lantik pegawai-pegawai dalam kalangan PKR untuk membantu kerja-kerja politik yang baru bagi saya.
“Bagaimanapun, pegawai yang saya lantik tidak amanah,” katanya.
Mohsin berkata, pelbagai tuduhan dilemparkan kepadanya sepanjang berada dalam PKR dan setelah bertindak keluar daripada parti berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan