HALAMAN SANTAI

Selasa, 2 Mac 2010

Umno / BN Parti Tong Sampah Dan Parti Tong Najis!


Pengisytiharan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin keluar dari Parti Keadilan dan menyertai UMNO serta pengumuman bekas Setiausaha Agong PKR dan pengumuman Ahli Parlimen Nibong Tebal keluar dari Keadilan adalah satu proses pembersihan dalaman Parti Keadilan dan gabungan Pakatan Rakyat.

PAS telah melalui proses ini satu waktu ketika dulu, bukan sekadar wakil rakyat tetapi Presiden Pas dan pimpinan tertinggi yang termasuk para Ulamak meninggalkan PAS. Namun PAS terus mantap dan maju dengan di dukungi oleh pimpinan dan ahli yang ikhlas.

Proses ini membuktikan parti-parti kompnen Pakatan Rakyat (PR) hanya layak di dukung oleh pimpinan dan ahli yang ikhlas dan jujur kepada perjuangan memertabatkan kedaulatan rakyat yang berteraskan kebenaran dan keadilan.

Ini adalah nutral proses yang tak mampu di lakukan oleh proses organisasi. Dari sudut proses organisasi kita tak upaya nak tapis sedalam dalam niat dan agenda sebenar seseorang. Tetapi proses alam semulajadi (Sunattullah) yang pasti akan menentu dan melakukan pembersihan Parti dari pengkhianatan perjuangan rakyat.

Kemasukkan Firdaus dalam UMNO dan pengisytiharan beberapa orang wakil rakyat keluar dari PKR dan menjadi bebas dan menyempurnakan agenda UMNO / BN membuktikan UMNO / BN adalah "PARTI TONG SAMPAH DAN TONG NAJIS" yang layak menghimpunkan bungkusan sampah dan najis di dalamnya.

Sebelum ini UMNO / BN bekerjasama dengan tiga ADUN Perak yang dituduh oleh UMNO / BN sebagai perasuah. Mereka ini keluar dari PKR dan DAP untuk menyokong UMNO / BN untuk merampas kerajaan PR Perak. UMNO / BN sanggup bersekongkol dengan orang rendah moral untuk kepentingan politik singkat mereka.

Dengan keluarnya mereka akan mengujudkan suasana persekitaran PKR dan PR yang lebih baik. Ini akan menjadi PKR dan PR sebagai parti yang bersih dari kekotoran dan najis yang membusukan dan menjadikan PKR dan PR bebas dari sarang pengkhianatan perjuangan rakyat.

Pengkhianatan perjuangan rakyat hanya layak bersama parti tong sampah dan tong najis UMNO / BN. Saya berharap mana-mana mereka yang keluar dari PKR dan PR yang di pilih sebagai wakil rakyat atas nama PKR dan PR agar melepaskan jawatan mereka sepertimana yang telah dilakukan terlebih dahulu oleh Fairus dengan melepaskan jawatannya sebagai ADUN.

Kepada rakyat saya yakin mereka tidak menghirau dengan perkembangan yang berlaku ,kerana PR bukan milik beberapa kerat pemimpin yang lari tetapi PR adalah milik rakyat semua. Walaupun seribu pemimpin yang pergi namun perjuangan rakyat tetap diteruskan.

DATO’ HAJI MAHFUZ HAJI OMAR

Naib Presiden PAS

Tiada ulasan: