HALAMAN SANTAI

Rabu, 7 Julai 2010

PAS Perlu Jelas Matlamat Negara Islam


zahidh Di sekitar lobi Parlimen

Oleh Muda Mohd Noor

KUALA LUMPUR: PAS perlu menjelaskan kepada orang Melayu dan ahli-ahlinya mengenai pendirian sebenar parti itu, khususnya berhubung dengan perjuangan untuk menegakkan negara Islam.

Naib Presiden Umno Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, di depan orang Melayu mereka bercakap mengenai negara Islam tetapi dengan kaum lain berbeza pula nadanya.

“PAS kini berjuang berdasarkan ideologi politik yang boleh menguntungkan mereka,” katanya ketika ditemui di parlimen hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen BN-Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir berkata, PAS sanggup berkrompromi dengan DAP yang terang-terang menolak konsep negara Islam kerana ghairah mengejar Putrajaya.

Katanya, PAS telah banyak berubah berbanding dulu, dulu parti itu tetap dengan ideologi politiknya.

“Saya terkilan kerana PAS lebih sedia dengan DAP tetapi tidak sanggup duduk semeja dengan Umno yang dasarnya tidak banyak berbeza.

“PAS mengalah kerana desakan DAP yang disokong PKR” katanya.

Mengulas perkara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob berkata, PAS tetap dengan perjuangan negara Islam sejak dulu lagi. Masalah itu tidak berbangkit lagi kerana parti dalam Pakatan Rakyat memahami perjuangan PAS.

“Kita saling menghormati perjuangan masing-masing. Kita berjuang untuk keadilan, demokrasi dan masalah negara secara bersama,” katanya.

Tiada ulasan: