
Oleh: BATU API
SEJURUS selepas penamaan calon selesai di Dewan Masyarakat Sandakan, masing- masing mula mengatur langkah dengan gaya dan strategi tersendiri untuk meraih sokongan kira-kira 25,582 pengundi berdaftar di Parlimen Batu Sapi yang akan menjadi ‘King Maker’ menentukan siapakah yang akan menjadi wakil mereka di Dewan Rakyat pada 4 November kelak.
Bagi SAPP, tidak menghadapi persoalan besar sama ada dari segi popularitinya mahupun dari segi matlamat dan tujuan SAPP berminat untuk bertanding di PRK Batu Sapi kerana pertama atas prinsip kepimpinan parti dan kedua kehendak para ahli dan penyokong SAPP Batu Sapi itu sendiri.
Kesungguhan SAPP itu yakin mereka akan memenangi PRK kali ini berdasarkan sokongan moral ahli parti itu benar-benar tulen kerana ribuan pengiring calon SAPP yang mengiringinya ke pusat penamaan calon terdiri daripada warga tempatan dan bukan diupah, sebaliknya jika berbanding dengan penyokong dua lagi calon adalah dari kalangan yang tidak dikenalpasti status kewarganegaraannya malah diupah?.
Mengenai dakwaan Datuk Musa Aman kononnya Parlimen Batu Sapi adalah kubu kuat BN, terpulanglah kepada rakyat dan pengundi Parlimen Batu Sapi untuk menilainya kerana Batu Sapi seolah-olah sudah dilupakan oleh pemimpin BN sebelum ini yang dapat dilihat buktinya kemalapan kawasan itu seolah-olah tidak ada pembangunan yang besar, yang boleh dimegah-megahkan BN.
Malahan nama Parlimen Batu Sapi seketika menjadi gah kerana BN yang mahu mempertahankan kerusi itu dari dirampas pembangkang khususnya SAPP dalam PRK selepas penyandangnya mendiang Edmund Chong Ket Wah terkorban dalam satu nahas jalanraya baru-baru ini.
Para pengundi Batu Sapi sehingga kini masih tertanya-tanya di hati nurani mereka sendiri, mengapakah kawasan mereka selama ini tidak diambil peduli oleh pemimpin pemimpin BN, sebaliknya ketika mereka memerlukan pengundi Batu Sapi barulah nampak kelibat mereka di khalayak ramai memujuk ini dan itu.
Kini, rakyat dan pengundi Batu Sapi lebih matang dalam memperhitungkan politik yang bersifat 'double standard' untuk disandarkan sebagai pembela nasib masa depan anak cucu cicit mereka sendiri sebaliknya mereka (pengundi/rakyat Batu Sapi) sudah bersedia menempah kapal layar baru untuk meninggalkan 'kapal layar usang dan daif-BN' yang tidak mampu lagi mengharungi lautan samudera untuk sampai ke PRU13.
Kepimpinan Datuk Yong Teck Lee dan SAPP masih relevan dan mampu menggalas tugas untuk merungkai segala-galanya di Dewan Rakyat Parlimen sekiranya beliau mendapat mandat dari rakyat Batu Sapi kali ini kerana Yong tetap akan lantang menyuarakan kemungkaran dan penyelewengan kerajaan BN sebagai punca pengabaian pembangunan kawasan Parlimen Batu Sapi beberapa dekad berlalu.
Dalam pada itu, penampilan Linda Tsen dalam PRK ini dilihat tidak mampu memperbaiki kepincangan yang berlaku di Parlimen Batu Sapi yang ditinggalkan mendiang suaminya, Edmund Chong. Linda Tsen masih 'kosong' dalam mentadbir kawasan dan kehadirannya di situ boleh disifatkan sebagai ‘window dressing' semata-mata.
Kemungkinan Pairin masih berpegang kepada trend dan strategi politik lama kerana jika menggunakan Linda Tsen mungkin dapat meraih banyak undi kerana 'soal simpati'. Tetapi dalam percaturan politik, soal simpati itu perkara lain yang perlu diketepikan dan yang paling penting ialah kecekapan dan kemampuan Tsen mentadbir rakyat di kawasan. Rakyat akan tolak Tsen jika sekadar menonjolkan soal simpati yang lebih bersifat peribadi.
34 ulasan:
undian daripada pengundi amat penting bagi menentukan calon yang akan menang dalam PRK ini. pengundi perlulah menjalankan tanggungjawab mereka dengan mengundi calon yang layak.
Kita tengoklah bagaimana keputusan akhir nanti. Hanya pengundi sahaja yang berdaya menentukan kemenangan sebuah parti.
Siapa yang bakal memimpin Batu Sapi ini? Saya tidak sabar menunggu kedatangan PRK pada 4 Nov.
Voters make sure to choose the most qualified and competent candidate. Vote wisely!
"..... masing- masing mula mengatur langkah dengan gaya dan strategi tersendiri untuk meraih sokongan kira-kira 25,582 pengundi berdaftar di Parlimen Batu Sapi yang akan menjadi ‘King Maker’ menentukan siapakah yang akan menjadi wakil mereka di Dewan Rakyat pada 4 November kelak."
Diharapkan calon2x tidak sesuka hati memberi janji kepada rakyat jikalau tidak mampu untuk melaksanakannya. Pemimpin yang gemar berjanji kaling pasti akan kehilangan sokongan rakyat.
Apa yang penting ialah pemimpin kenalah menjalankan tanggungjawab mereka dengan memastikan permintaan rakyat terlaksana.
Best of luck to all candidates. May the best man win!
Kalau pemimpin yang bakal bertanding ini ingin mendapat sokongan dari rakyat mereka kenalah selalu turun padang, jangan semasa hampir pilihan raya baharu sibuk sana sini.
dalam piliharaya ini, rkyat yang menentukan calon yang menang. oleh itu, setiap calon mula mengatur pelbagai strategi untuk mendapatkan sokongan rkyat.
pendapat saya, janganlah asyik fikir untuk kemenangan dan kuasa sahaja. Apa yang penting ialah masa depan kawasan ini untuk dibangunkan sekurang-kurangnya masalah bekalan elektrik dan air dapat dapat diatasi.
pengundi sememangnya amat berperanan dalam menentukan kemenangan calon yang bertanding. pengundi perlulah memilih calon yang boleh membawa kemajuan kepada mereka.
Banyak pengundi namun masih kabur2 untuk menentukan pemenang bagi challenge ini.
rkyat akan menentukan siapa yang menang dalam piliharaya ini. calon yang menang tu pla kena laksanakan tangungjawab dgn baik agar sokongan rakyat terus kukuh.
"sebaliknya jika berbanding dengan penyokong dua lagi calon adalah dari kalangan yang tidak dikenalpasti status kewarganegaraannya malah diupah?"
jangan sewenang2nya melemparkan tuduhan jika diri sendiri tidak pasti samada tuduhan itu benar atau tidak. jika rakyat tahu bahawa SAPP suka melemparkan tuduhan palsu, kelak rakyat juga akan mempertikaikan kewarasan SAPP dalam memperjuangkan nasib rakyat dan negeri Sabah.
SAPP jaga parti sendiri. tidak perlu meremeh2kan kemampuan Linda Tsen. apa guna berpengalaman berpuluh2 tahun jika pengalaman itu telah pun dicemari dengan latarbelakang kepimpinan buruk dan tidak popular. saya lebih rela memilih calon yang 'fresh' berbanding dengan yang telah berpengalaman dalam selok belok politik tanahair. yang berpengalaman inilah yang biasanya membawa banyak masalah..
There's a lot. Lets just wait and see what's going in the middle of the election.
Kita tunggu dan lihat betulkah SAPP akan memenangi kerusi tersebut. Manusia pandai berubah fikiran oleh itu jangan terlalu yakin.
Siapkah yang akan menjadi pilihan penduduk. Mari kita nantikan keputusannya nanti. Adakah BN akan dapat mengekalkan kerusi atau pembangkang SAPP atau PKR meruntuhkan kerusi BN di Batu Sapi.31231231234
Namun keputusan masih samar2.Ditambah dengan kejadian Ansari jatuh ke laut.
PKR juga bakal mendapat undi simpati setelah calon mereka jatuh ke laut.
Nampaknya penulis artikal ini adalah penyokong kuat SAPP.
SAPP janganlah berlagak. Jaga-jaga keputusan nanti.
Inilah waktu yang dinanti-nantikan oleh rakyat di kawasan berkenaan.
Dalam tempoh kempen, rakyat benar-benar diutamakan.
Pemimpin kurang hebat macam mana pun, pilihan pengundi adalah muktamad. Jadi memang benar pengundi adalah 'king maker'.
Diharapkan agar pengundi bijak mengundi.Pilih yang terbaik nanti.
There is more to come.
Hati pengundi harus dijaga. Bukan semasa pilihanraya tetapi sentiasa.
Tidak benar. Siapa menangpun tidak mengubah keadaan politik Malaysia.
Para pengundi, jangan sia-siakan peluang yang ada.
Dan jangan sekali-kali terpedaya dengan janji2 manis lagi.
Sangat berat tanggungjawab penduduk Batu Sapi sekarang. Daripada kawasan yang tidak dikenali, menjadi sebutan satu Malaysia. Harap kalian akan membuat keputusan yang sewajarnya demi masa depan anak2 Sabah.
Pengundi sememangnya 'king maker' bukan kali ini saja malah pada bila-bila masa jika mereka benar-benar faham akan hak dan nilai undi ditangan mereka.
Harap tiada lagi pengundi yang mengundi pihak yang membayar mereka.
Semoga pilihanraya di batu sapi pada hari esok berjalan dengan lancar.
Catat Ulasan