HALAMAN SANTAI

Rabu, 20 Oktober 2010

Autonomi Sabah: Anwar jangan 'janji mulut'

Jimadie Shah Othman

Janji Pakatan Rakyat hendak memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika mereka membentuk kerajaan pusat pada pilihan raya umum akan datang hendaklah dinyatakan dalam manifesto dan bukannya sekadar "cakap mulut".

Menurut ahli politik veteran Sabah Datuk Karim Ghani - yang keluar Umno, antaranya kerana parti itu gagal memberikan autonomi kepada negeri itu - berkata, perkara itu harus dilakukan supaya rakyat dapat membuat pilihan dalam pilihan raya.

"Jangan cakap di mulut sahaja. Masukkanlah dalam manifesto. Barulah kita dapat buat keputusan.

"Kalau lepas (tempoh mandat) lima tahun tidak buat juga, kita tukarlah balik (kerajaan)," kata Karim ketika ditanya sama ada janji itu memikatnya untuk menyertai parti gabungan dalam Pakatan.

Karim, antara orang kuat yang membawa Umno ke Sabah semalam mengumumkan keluar parti serta-merta kerana sudah bosan dengan kegagalan Umno memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat negeri itu.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, bekas naib presiden Usno itu menjelaskan, beliau "meletup" semalam selepas memendam perasaan tidak puas hati lebih daripada 15 tahun, antaranya disebabkan soal pengagihan kekayaan dan autonomi kepada Sabah.

Pada 15 September lalu, ketika melancarkan Pakatan Sabah di Kota Kinabalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama penasihat DAP Lim Kit Siang dan timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa dilaporkan berikrar mahu memberikan autonomi penuh jika mereka menduduki Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Anwar dilaporkan berkata oleh The Borneo Post bahawa hal ehwal Sabah akan ditentukan oleh negeri itu sendiri.

Sementara itu, Karim berkata, beliau juga kecewa berhubung isu tuntutan royalti minyak Sabah daripada 5 kepada 12 peratus yang dituntutnya selama ini tidak diberikan

34 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

barjanji memang mudah tapi menunaikan janji belum tentu mampu dilakukan.

tombolo berkata...

janji ini mmg kelihatan menarik bagi penduduk Sabah, namun jgnlah mudah terpedaya kerana ia bukanlah janji yang mudah untuk dilaksanakan.

Unknown berkata...

Sebelum membuat sebarang janji, pastikan ia dapat ditunaikan.

Logop berkata...

Kalau dah janji, harus ditunaikan! Rakyat dah bosan ditipu. Pemimpin yang gemar berjanji kosong tidak akan disokong oleh rakyat.

Unknown berkata...

Bukan senang untuk melaksanakan janji itu. Saya harap Anwar telah berfikir panjang sebelum membuat janji tersebut.

evan medhousky berkata...

apa sahaja yang keluar dari mulut Anwar tidak boleh dipercayai. jika beliau boleh menjanjikan yang terbaik untuk negeri Sabah, kenapa tidak didahulukan janji itu di negeri2 PR? kenapa tidak menjanjikan yang terbaik untuk PKR dan PR supaya tidak berlaku kekecohan dalam parti?.

Kurt berkata...

I find it hard to trust a politician after what happened in the past. All those promises, well most of them, weren't fulfilled. So, how sure are we that Anwar promise will be fulfilled?

Logop berkata...

Ah! Saya tidak percaya!

evan medhousky berkata...

adakah kegagalan Umno untuk mencapai objektif memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat Sabah adalah disebabkan parti?. tidak!! itu disebabkan oleh ahli2nya, dan Datuk Karim juga merupakan sebahagian daripada ahli umno. jadi kesimpulannya, Datuk Karim telah mendedahkan kelemahan diri sendiri dan menuduh parti secara keseluruhan sedangkan beliau sendiri sedar kelemahan itu disebabkan oleh jentera2nya... bagaimana Datuk Karim boleh bertahan 15 tahun dalam umno? atau mungkin disebabkan faktor2 ganjaran?

Anak Sabah berkata...

Rakyat patut menilai sebuah parti berdasarkan kebolehan mereka memimpin, bukan berdasarkan janji manis. Janji senang diluahkan, tapi tidak semestinya boleh dicapai.

Semoga rakyat pandai membuat pilihan.

Anak Sabah berkata...

Autonomi Sabah, itu juga kena tunggu sehingga PKR mampu tawan Putrajaya.

Unknown berkata...

Anwar hanya berkata-kata sedemikian untuk menarik hati rakyat sabah. tapi sebaliknya itu cuma kata-kata mulut politik. PR tidak layak memerintah. Baru-baru ini anwar memalukan negara sendiri di Indonesia. Layakkah orang sedemikian untuk memerintah.

Bujang Senang berkata...

Autonomi Sabah??hanya lucu bila mendengar anwar berkata begitu. Memang dasar politik di Malaysia bermacam-macam janji kelaur untuk menambat hati rakyat. Anwar, kami bukan budak-budak lagi di dunia ini. Puas sudah dengar cerita politik. Jadi tidak perlulah janji hanya untuk kemenangan.

amy berkata...

Kalau berani, mengapa tidak dimasukkan ke dalam manifesto? Betul juga. Sekadar cakap mulut tidak boleh diguna pakai. Kalau berani, tulis secara hitam putih.

amy berkata...

Autonomi untuk Sabah memang baik, apatah lagi setelah perkara 20 terbatal secara automatik. hmm. namun berasa pelik dengan autonomi sabah.

Tanpa Nama berkata...

mmg Sabah inginkan kuasa autonomi, namun, benarkah PKR boleh berikan kepada Sabah, jgn hnya jadi janji kosong.

azman berkata...

rakyat kena bijak dalam menilai. jangan mudah terpengaruh dengan janji-janji manis.

Tanpa Nama berkata...

Tak payah tabur janji, laksankan saja dengan ikhals jika benar niat dihati adalah utk berbakti pada rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Betul linda, berjanji tu mmg senang... Macam lirik lagu entah apa tajukanya '...manis di mulut, memutar kata....'
Begitulah juga perihaknya dengan org yg suka berjanji tapi tak menunaikannya.

Tanpa Nama berkata...

Ya Logop. Bukan saya tak diskong malah rakyat pun takkan hormat pada pemimpin macam tu.

Tanpa Nama berkata...

Soalan yang sangat baik evan medhousky. Kenapa tak didahulukan di negeri PR kan.. hehhehe
Sibuk juga mahu di Sabah.. Napa, ada pa2 ke???? hehe

Tanpa Nama berkata...

Apapun pandai-pandailah rakyat buat penilaian k :)

Tanpa Nama berkata...

Sabahan perlu lebih bijak memilih peneraju negeri. Jangan terlalu mudah diumpan janji-janji manis.

Tanpa Nama berkata...

mengharapkan Anwar menunaikan janji2 beliau adalah seperti menunggu bulan jatuh ke riba..mustahil PR akan memberikan kuasa autonomi penuh kepada sabah jika menduduki putrajaya kerana PR juga terdiri dari manusia biasa dan sikap tamak itu ada pada setiap ahli politik.

Tanpa Nama berkata...

kalau dimasukkan dalam manifesto, belum tentu akan dilaksanakan..

Tanpa Nama berkata...

"Kalau lepas (tempoh mandat) lima tahun tidak buat juga, kita tukarlah balik (kerajaan)," kata Karim ketika ditanya sama ada janji itu memikatnya untuk menyertai parti gabungan dalam Pakatan."

cara ini buang masa dan sumber..adalah lebih baik jika tidak diundi terus dan kekal pada kerajaan sekarang..tempoh lima tahun macam2 boleh berlaku.

Tanpa Nama berkata...

adalah lebih baik Datuk Karim Ghani bersara terus dari dunia politik kerana khidmat beliau tidak diperlukan oleh rakyat sabah..berikan peluang kepada orang2 muda untuk membela nasib dan hak sabah..pemikiran konservatif dan isu2 lama sudah tidak relevan kerana rakyat sudah bosan.

Tanpa Nama berkata...

mana2 janji2 yang telah dibuat harus dilaksanakan..tidak kira pembangkang atau kerajaan kerana yang menentukan siapa yang layak untuk berada di putrajaya adalah rakyat..tiada rakyat, tiada negara.

Tanpa Nama berkata...

rakyat juga tidak harus percaya sepenuhnya kepada janji2 politik..fikir baik2 sebelum membuat keputusan..masa depan negara kita terletak di tangan kita sebagai rakyat dan bukannya parti2 politik.

Tanpa Nama berkata...

Lihat rekod lama kita tahu samada itu janji mulut atau tidak.

Unknown berkata...

Awasi umpan yang ditabur. Janji kita dengar dulu. Teliti dengan mendalam supaya undi yang amat beharga dalam tangan tidak tersia-sia.

Tanpa Nama berkata...

Sebelum janji dikotakan, sebelum segalanya jadi kenyataan, jangan terlalu mudah mempercayai janji ahli politik.

Tanpa Nama berkata...

Sebagai pembangkang, senang saja hendak buat janji. Apabila berkuasa, baru dapati sukar untuk laksanakan apa yang sudah janji.

Unknown berkata...

Hal ini cuma akan berlaku jika pembangkang menang dalam PRU dan Anwar dilantik sebagai PM Malaysia.