TUNJUK….Mahali menunjukkan MyKad ‘pemastautin sementara’ yang diberikan JPN kepada beliau sedangkan pendatang asing menjadi Warganegara melalui jalan songsang. Oleh : SHAIMON S JUMADI
SEORANG lagi Anak Negeri Sabah, Mahali Ensong, daripada suku kaum Dusun yang dilahirkan di Kampung Maliau Tongod, Lamag pada 15 Julai 1975 mendapat kad pengenalan bernombor 750715-12-6129 berstatus ‘Pemastautin Sementara’ dengan tarikh luput pada 04 Disember 2013.
“Kenapa perkara yang mengaibkan ini menimpa saya? Apakah di bawah kerajaan BN kaum Dusun bukan lagi anak negeri dan setaraf dengan pekerja asing yang menggunakan pasport?” tanya Mahali dengan nada kesal kerana Jabatan Pendaftaran Negara langsung tidak bertanggung jawab.
Kata Mahali, apa gunanya Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) rakyat Sabah jika sebelum ini seorang warganegara diberi taraf penduduk tetap dan nasib beliau lebih malang kerana diberi taraf ‘Penduduk Sementara’.
“Apakah warga Pakistan, Filipina dan Indonesia yang lahir di negara mereka boleh mendapat tahap warganegara sedangkan saya lahir di Sabah dan kedua ibu bapa saya orang Dusun tetapi saya diberi taraf warganegara kelas anjing?,” tanya Mahali dengan nada geram.
Menurut Mahali, minggu lalu beliau telah pergi sekali lagi ke pejabat JPN Sandakan dan bertanyakan mengenai kedudukan kad pengenalannya, namun agak malang kerana Pegawai JPN Sandakan mengarahkan beliau memohon taraf Warganegara sebelum boleh memohon MyKad.
Mahali yang bertugas di Unit Penghias Bandar Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) selama 10 tahun dan sudah berumah tangga serta dikurniakan cahaya mata seramai 7 orang; saban hari sentiasa dihantui ketakutan apabila berhadapan dengan anggota Polis kerana status kerakyatannya yang bertaraf sementara.
Kata Mahali ekoran daripada statusnya sebagai ‘pendatang asing di bumi tumpah darahnya sendiri’, maka dia (Mahali) telah kehilangan hak mutlaknya sebagai seorang pengundi sedangkan warga-warga asing lainnya yang tinggal di negara ini, khususnya di Sandakan mereka telah layak mengundi dan memilih siapa bakal pemimpin mereka.
“Anak-anak saya yang bersekolah langsung tidak mendapat apa-apa bantuan daripada kerajaan kerana status saya sama seperti dengan orang Indonesia dan Filipina yang bekerja di sini memegang pasport atau IMM 13,” kata Mahali yang menyalahkan Pegawai JPN atas ‘khianat’ mereka.
Mahali menegaskan, jika senario ini tidak dikekang, dalam masa 10 tahun daripada sekarang Warga Pakistan, Indonesia dan Filipina yang sudah memegang Mykad akan menjadi Ketua Menteri dan menteri-menteri kabinet kerana mereka mempunyai MyKad atas bantuan pegawai JPN dan sudah pastinya Anak Negeri Sabah akan menjadi seperti rakyat Palestin di tengah kekejaman Israel.
“Saya amat sedih dan kecewa kenapa Jabatan Pendaftaran tidak kenal mana satu pendatang asing, mana satu anak tempatan. Saya sudah berkali-kali menjelaskan yang saya ini orang Dusun. Saya boleh bertutur bahasa Dusun dengan fasih, tapi merekapun masih tidak percaya. Kenapa orang Pakistan, orang bugis yang menyebut ikan jadi ikang, tetapi begitu mudah mendapat kerayaan Malaysia; berbanding dengan diri saya, apa maksud sebenarnya pihak Jabatan Pendaftaran Negara ini?,” tanya Mahali yang mendesak campurtangan Menteri Dalam Negeri.
Kata Mahali, bukan beliau seorang sahaja yang menjadi mangsa keadaan oleh JPN, bahkan ramai lagi keluarga dan kawan-kawan beliau yang sebangsa dengannya mengalami nasib yang serupa.
“Saya agak kesal kerana semua parti berasaskan Dusun seperti PBS, UPKO dan PBRS tidak langsung membantu ketika saya minta tolong atau ehsan membantu saya menguruskan kad pengenalan saya. Bukankah selama ini mereka kononnya berjuang menentang IC Palsu, tetapi apabila Anak Negeri dianiaya, mereka hanya berdiam diri,” kata Mahali yang terkilan dengan sikap hipokrit pemimpin Dusun di dalam Kerajaan.

31 ulasan:
Perkara seperti ini tidak patut berlaku. Sebagai orang asli tempatan tetapi diberikan status pemastautin sementara. Rasanya bukan seorang sahaja yang sedang mengalami perkara yang sama.
Diharapkan mereka ini diiktirafkan sebagai bumiputra dan rakyat sejati negara ini.
pekara ini perlu diambil perhatian. Pihak JPN perlu menyelesaikan pekara ini.
hal seperti ini perlu diambil perhatian, kita tak boleh biarkan anak tempatan Sabah hilang taraf kewarganegeraan.
ada juga pendatang yang fasih bertutur bahasa dusun.. jika JPN menggunakan kriteria2 sekadar bercakap untuk memberikan MyKad, atau sekadar fasih berbahasa Dusun, pasti berduyun2 PATI akan datang memohon kerakyatan.. fikirkan lah..
sebab itu perlu ada supporting document yang telah disahkan, supaya mudah bagi pihak JPN melakukan tugas2 pendaftaran mereka. ikut prosedur yang telah ditetapkan sebagaimana orang lain telah lakukan, bukannya sekadar cakap.
saya bersimpati dengan sdr Mahali Ensong, tapi beliau perlu melengkapkan dokumen terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. beliau sepatutnya tidak mempunyai masalah dokumen sekirannya beliau benar2 orang tempatan. jika dokumen yang lengkap itu telah tersedia, tetapi masih gagal memohon MyKad, barulah sdr Mahali boleh buat aduan ke mana2 saluran yang betul..
Ini mungkin ada kesilapan dari pihak JPN. Harap JPN siasat hal ini dengan sebaiknya. Jangan sampai isu ini menjad isu yang besar.
DUSUN merupakan kaum asal Sabah dan ini memang dinafikan sekiranya mereka hanya dapat MYKAD pemastautin sementara saja. Kita harap JPN menyiasat perkara ini dengan betul jangan sampai memalukan JPN sendiri nanti.
Saya bersimpati dengan keadaan Mahali yang terpaksa menjadi dusun pemastautin di negeri sendiri. Harap perkara MyKad ini akan dapat diselesaikan. PATI yang mendapat IC harus dikaji semula.
pekara ini perlu disiasat..jika benar Mahali berbangsa Dusun dan warga tempatan maka beliau perlu diberikan taraf warganegara dan bukannya pemastautin sementara.
bagaimana hal ini boleh berlaku? isu ini benar2 membangkitkan kemarahan, kesangsian dan keraguan rakyat kepada kerajaan..
PATI mendapat IC melalui projek mahathir pula mendapat hak penuh seperti warganegara tetapi anak jati negeri pula disisihkan..inilah kesan daripada Projek mahathir semata-mata untuk kepentingan politik beliau.
pihak kementerian dalam negeri khasnya JPN seharusnya menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh pihak mereka sehingga menyusahkan kehidupan rakyat selama puluhan tahun..JPN seharusnya lebih bertanggungjawab..
disebabkan hali seperti inilah kebanyakkan rakyat sabah lebih berbangga dengan sijil kelahiran mereka berbanding dengan Mykad yang dikatakan canggih namun senang untuk diperolehi seperti pisang goreng di pasar malam.
penjelasan dan penyelesaian harus diberikan oleh pihak berkenaan iaitu JPN dan KDN.. dimanakah 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' itu? harus diingat isu2 seperti inilah yang akan menyebabkan BN akan hilang kuasa dan keluar dari putrajaya.
akhbar2 tempatan seperti borneo post harus memainkan peranan mereka dengan mengutarakan isu2 rakyat seperti ini..ini adalah antara peranan media agar isu ini mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak berkenaan..pihak berkenaan juga tidak harus berdolak-dalik berhubung dengan isu2 seperti ini..
diharap pihak berkenaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya dan bukan menolak kesilapan mereka sendiri kepada pihak lain.
mungkin hal yang sama juga berlaku kepada rakyat sabah lain..oleh itu, harus diperiksa kesahihan MyKad yang kita terima untuk kebaikan diri dan generasi akan datang.
IMM13 harus dihapuskan kerana sudah tidak relevan..pemegang IMM13 dan waris mereka harus dihantar pulang ke negara mereka.
Apakah sebab berlakunya pekara ini? Perlembagaan melindungi hak-hak peribumi tetapi berlaku juga inseden yang menyesalkan ini,
Mungkin kesilapan berlaku dalam proses permahonan. Pemohonn harus terus membuat bantahan sehingga ia diselesaikan dengan sempurna, jangan putus asa.
Kaum Dusun peribumi Sabah, kenapa perlu memohop kewarganegaraan? Tidak masuk akal.
Jika Dusun perlu memohon kewargenegaraan, tidak tahulah apa akan jadi pada kaum peribumi yang lain.
Keadaan ini amat menyusahkan pemohon. Tiba-tiba kehilangan kewarganegaraan. Apa sudah jadi?
kesilapan ini harus cepat diperbetulkan, jangan suruh pemohon pergi sini-sana, urus pemohonan beliau disatu tempat saja dengan serta merta.
Lahir tahun 1975.. Tapi sampai sekarang masalah tu masih belum selesai?? aikkss ini mencurigakan ni.. huhu
Saya harap kerajaan ambil perhatian akan perkara ni.. Hal ni sepatutnya tak berlaku..
Sebelum ni ada kawan saya yang juga bermasalah dengan JPN tapi tu pasal namanya la.. Parentsnya daftar nama Rita tapi bila sijil lahir keluar namanya jadi Rata.. Mula2 dengar lucu juga, tapi bila fikir balik palui sangatkah org2 di JPN tu:P
hhmmmm...
Setuju evan medhousky. Jika Mahali ada bukti kukuh, tak perlulah risau semuanya pasti dapat diselesaikan dengan baik walaupun mungkin mengambil masa..
Harap hal ni tak berulang lagi. Kredibiliti JPN harus ditingkatkan.. Jangan sampai publik fikir yang bukan2 pula.
Catat Ulasan