HALAMAN SANTAI

Khamis, 21 Oktober 2010

Kementerian Pelancongan boros berbelanja


tianbm Oleh Rahmah Ghazali

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan mendapat perhatian semalam apabila menterinya Dr Ng Yen Yen dan bekas menteri Azalina Othman Said berbelanja lebih untuk lawatan ke luar negara dan sebaliknya memotong bajet promosi secara drastik di antara tahun 2008 hingga 2010.

Dalam jawapan bertulis kepada Tian Chua (PKR-Batu), Ng memberitahu Parlimen kementeriannya telah membelanjakan sebanyak RM1.2 juta untuk lawatan rasmi ke luar negara pada 2008 ketika Azalina menjadi menterinya. Perbelanjaan itu meningkat kepada RM1.6 juta pada 2009 dan ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM400,000 di bawah Ng.

Kenaikan 40% ini dalam tempuh tiga tahun itu adalah terlalu tinggi berbanding dengan pemotongan bajet untuk promosi yang mencatatkan pengurangan 70% pada tahun-tahun yang sama.

Menurut angka yang disediakan oleh kementerian berkenaan, perbelanjaan promosi berjumlah RM320 juta pada 2008 untuk aktiviti-aktiviti promosi di dalam dan luar negara.

Bagaimanapun, perbelanjaan ini telah dikurangkan kepada RM301 juta dan berkurangan secara mendadak kepada RM99.6 juta pada Januari hingga Julai 2010.

Dalam satu kenyataan daripada Chua, beliau menyimpulkan bahawa Ng membuat lawatan ke luar negara lebih banyak daripada Azalina, sebagai contoh pada 2008.

"Azalina membuat lawatan rasmi sebanyak enam kali pada tahun tersebut. Adakah beliau menjalankan tugasnya untuk mempromosi Pelancongan Malaysia atau beliau mempromosi pelancongan antarabangsa?

Beliau sepatutnya digelar "menteri yang melancong" dan menteri pelancongan," katanya. RM52,000 seorang sehari Sebagai contoh, kata Chua, Azalina melawat Bangkok dan Chiang Mai, yang tidak diiringi oleh agensi berkaitan kerajaan atau swasta.

Meskipun begitu, lawatan-lawatan ini begitu mahal kosnya."Dalam masa lawatan tiga hari, mereka membelanjakan sebanyak RM73,000 untuk perbelanjaan melibatkan dua pegawai, termasuk menteri. Ini bermakna setiap seorang berbelanja sebanyak RM12,000 sehari.

"Begitu juga dengan lawatan rasminya ke Rusia di mana mereka berbelanja sebanyak RM753,000 untuk lima pegawai kementerian. Ini bermakna secara purata setiap seorang berbelanja RM52,000 sehari," terang Chua.

Keadaan berbeza apabila Ng mengambil alih jawatan pada April 2009 dan kata Chua, beliau membuat lawatan rasmi selama 13 hari ke Amsterdam, London dan Paris serta melawat Pameran Bunga Chelsea, dengan empat pegawai dari kementeriannya, Putrajaya Holdings dan Jabatan Lanskap Nasional, yang melibatkan kos RM236,000.

Tetapi kos meningkat apabila beliau pergi ke majlis yang sama sekali lagi, di Jerman dan Itali pada Mei 2010 untuk tujuh hari, dengan seorang pegawai dari Putrajaya Holdings.

"Lawatan ini memaksa kementerian menanggung kos sebanyak RM491,000 dan ini bermakna RM35,000 seorang setiap hari," terang beliau.

Chua berkata pendedahan untuk tatapan orang ramai ini supaya kementerian berbelanja dengan berhemah.

Tiada ulasan: