HALAMAN SANTAI

Ahad, 24 Oktober 2010

Lawatan Mengejut Menteri Besar ke Kilang Hartalega

SELANGOR KINI

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, petang semalam melakukan lawatan mengejut ke kilang Hartalega Sdn Bhd di Ijok, selepas mendapat aduan penduduk perumahan berdekatan yang mendakwa kilang sarung tangan itu menghasilkan pencemaran.

Tan Sri Khalid Ibrahim, sewaktu melakukan lawatan mengejut ke kilang Hartalega Sdn Bhd di Ijok

Beliau kemudian mendapati punca segala masalah ialah kelulusan yang diberi kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) terhadap pembinaan projek perumahan yang tidak mematuhi piawai alam sekitar.

Dalam lawatan kira-kira 30 minit, Khalid diberi taklimat mengenai operasi kilang, terutama melibatkan rawatan air tercemar dan pelepasan asap.

Beliau dimaklumkan, Hartalega merawat air yang tercemar sebelum dialir keluar, manakala asap yang dilepaskan kilang itu tidak berbahaya.

“Walau bagaimana pun pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan kerjasama kerajaan negeri akan memantaui kawasan tersebut,” katanya.

Sebaliknya, Khalid mendapati kawasan perumahan yang dibina pada 1992 tidak mematuhi peraturan. Jarak antara kawasan industri dan perumahan sepatutnya 500 meter sebagai zon penempan tetapi perumahan dibina kurang 100 meter dari kilang.

Namun ia diluluskan pentadbiran kerajaan negeri terdahulu, menyebabkan penduduk merungut dan mengadu kepada Khalid berikutan kehidupan mereka terganggu berikutan masalah banjir.

“Apa yang boleh dilakukan, memperbaiki dan mengkaji semula infrastruktur dan prasana di kawasan itu, supaya kejadian banjir yang kerap berlaku di sini, dapat dikurangkan,” kata Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Kelemahan sistem perparitan yang menjadi masalah warisan kerajaan terdahulu, menyebabkan air terawat yang dilepaskan kilang itu melimpah keluar apabila hujan lebat, sehingga berlaku banjir kilat.

Taklimat itu turut dihadiri Pegawai Daerah Kuala Selangor, Mohd Misri Idris.

1 ulasan:

MIENING berkata...

Hi, this is leven woon journalist Komunitikini. Is is ok to use your photo in this story in my article?
Thanks