HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 Oktober 2010

Menantu Taib dapat saham RM70 juta


Taik MahmudOleh Joseph Tawie

KUCHING: DAP mahu Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) George Chan menjelaskan bagaimana anak perempuannya Elisa Chan Wai Kuen @ Anisa Hamidah Abdullah memperoleh 12% dari 269 ekar tanah strategik dekat Stadium BDC di sini.

Elisa Chan atau Anisa ialah isteri Sulaiman Taib, anak Ketua Menteri Taib Mahmud.

Setiausaha Agung DAP Sarawak Chong Cheing Jen berkata, beliau ada "bukti kukuh" tentang pegangan saham oleh Elisa Chan.

"Saya mempunyai bukti kukuh bahawa anaknya mendapat 12% saham bernilai kira-kira RM70 juta. Chan mesti memberi penjelasan kerana rakyat ingin tahu," kata Chong, yang juga ahli parlimen Bandar Kuching.

Beliau berkata Chan dan SUPP memberitahu rakyat bahawa mereka memelihara kepentingan rakyat apabila ia melibatkan isu tanah.

"Jika kamu lihat kepada isu tanah Bako di mana 3,000 ekar dari tanah penduduk yang diambil oleh kerajaan tanpa memberi pampasan yang memuaskan dan tanah diberi kepada anaknya, maka jelas Chan dan SUPP tidak menjaga kepentingan rakyat tapi sebaliknya menjaga kepentingan mereka sendiri.

"Kroni didahulukan, rakyat dikemudiankan"

"Beliau mesti menjelaskan bagaimana dengan mudah anaknya mendapat tanah negeri," kata Chong, menambah SUPP nampaknya mengamalkan slogan – "kroni didahulukan, rakyat dikemudiankan."

Elisa Chan mempunyai 12% pegangan saham tersenarai dalam syarikat Monarda Sdn Bhd.

Saham-saham dalam syarikat yang didaftarkan pada November 2008 itu, terbahagi kepada empat orang. Anak Taib, Mahmud Abu Bakir memegang majoriti 52% saham.

Para pemegang saham yang lain ialah anak Taib, Jamilah Hamidah dan Hanifah Hajar, masing-masing memegang 12 %, Anisa (12%) dan Chung Soon Nam (12%).

Walaupun harga pasaran tanah itu di sekitar RM500 juta, Monarda hanya membayar RM78,647,112.00. Itu pun bukan dibayar secara tunai.

Kempen bantah Menara Warisan Merdeka

Chong, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Sentosa, menggesa rakyat Sarawak, terutama pengguna internet, menyokong kempen laman jaringan sosial Facebook menentang pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat itu.

Cadangan projek ini diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2011 di Parlimen pada 15 Oktober lalu.

Setakat ini kempen ini telah menerima maklum balas daripada seramai 140,000 orang.

"Projek mega ini membazir wang rakyat, walaupun Najib menyatakan bahawa ianya akan dibangunkan oleh sektor swasta.

"Permodalan Nasional Bhd dimiliki oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera, 100% dimiliki oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan ini merupakan amanah.

Ketua Menteri bertaraf multi-bilionaire

Beliau menerangkan bahawa sebagai GLC bermakna ianya masih wang rakyat yang akan digunakan dan bahawa kita tidak perlu kepada bangunan seperti itu.

"Tapi apa yang kerajaan harus lakukan ialah melihat kepada 10 rekod yang memerlukan pembetulan dan perhatian segera," terang beliau.

Kesepuluh itu ialah kadar jenayah, kadar kemalangan, defisit belanjawan, hutang kerajaan berjumlah RM408 bilion, aliran keluar tenaga pekerja mahir, graduan yang menganggur, pendatang tanpa izin, rasuah, ketua menteri bertaraf multi-bilionaire, kos pengangkutan seharian termasuk kekurangan pengangkutan awam.

"Kesemua ini memerlukan perhatian segera dari kerajaan," ujar beliau.

Tiada ulasan: