HALAMAN SANTAI

Rabu, 6 Oktober 2010

MTUC Akan Serah Memorandum Bela Nasib Pekerja

SELANGOR KINI

KUALA LUMPUR : Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan mengemukakan memorandum kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam pada Khamis tentang keperluan menggubal strategi untuk menghalang eksploitasi pekerja.

Setiausaha Agung MTUC G. Rajasekaran berkata memorandum sembilan muka surat itu akan menekankan keadaan kerja yang semakin merosot dan tindakan oleh sesetengah syarikat multinasional yang yang sengaja menindas paras gaji pekerja.

“Ekoran persidangan kebangsaan tiga pihak pada November 2008, kementerian menyatakan komitmennya untuk menggalakkan konsep Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) bagi amalan kerja yang baik tetapi tidak membuat sebarang langkah yang penting sejajar dengan rumusan dan syor persidangan itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebaliknya, cadangan pindaan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 bertujuan menggalakkan kerja berbahaya dan keadaan kerja yang mengeksploitasi keadaan, kata Rajasekaran.

“Antara beberapa strategi untuk menghalang exploitasi, MTUC mengulangi pendiriannya untuk penggubalan baru undang-undang bagi upah minimum,” katanya.

Rajasekaran berkata MTUC mahu kerajaan memansuhkan semua lesen agensi pengambilan pekerja asing yang melanggar peruntukan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.

Menurutnya, seramai 250 pemimpin kesatuan akan berhimpun di luar Wisma Perkeso di sini pada Khamis sempena Hari Kerja Baik Dunia untuk menyerahkan memorandum itu kepada Subramaniam.

Tiada ulasan: