| Salhan K Ahmad |
Sharizat dalam ucapan dasarnya di perhimpunan pergerakan itu menggambarkan sedemikian apabila meminta anggotanya berhati-hati dengan iklim politik baru yang timbul dengan perkembangan teknologi komunikasi.
Katanya, suasana politik pada masa dulu hanya melibatkan pertentangan antara golongan berhaluan nasionalis dan haluan kiri.
"Namun wacana politik kini seolah-olah terbatas kepada perlawanan antara dua golongan kanan sahaja, iaitu antara pihak ultra-nasionalis dan pihak ultra-konservatif agama.
"Tidak hairanlah jika rakyat jelata keliru, apatah lagi bersikap tidak peduli terhadap amalan politik nasional," katanya.
Bercakap di perhimpunan pergerakan itu di PWTC hari ini, beliau juga menuntut anggotanya untuk mempertahankan kedudukan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia.
Pada masa yang sama, beliau juga mengingatkan ahlinya supaya tidak "mengabdikan diri kepada golongan cauvinis yang murah" dan melampaui batas Perlembangaan dan prinsip kesepakatan Umno - BN.
"Jangan kita terperangkap dengan politik rakus sesetengah pihak yang akan dan sedang memecahbelahkan rakyat Malaysia mengikut kaum, agama dan bangsa.
"Jika kita membiarkan perkara ini memakan jiwa dan kehidupan kita, maka akan hancur dan huru-haralah negara kita," katanya lagi.
Jelasnya, perkara itu akan menimbulkan kekhuatiran dan syak wasangka antara anggota kaum masing-masing kerana bimbang kepentingan mereka akan terhakiS.
"Walhal, Perlembagaan Persekutuan mengambil kira semua aspek kehidupan dan kepentingan rakyat Malaysia. Jangan kita terperangkap dan terjerat dengan politik keterlaluan atau ekstremisme," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan