BULETIN ONLINE
KUALA TERENGGANU - Bekas Pengerusi Pemadam Negeri Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata kerajaan mesti memandang serius dan mengambil tindakan bersungguh-sungguh bagi menangani gejala penagihan dadah yang semakin 'kritikal' kebelakangan ini
"Saya melihat perkara ini perlu dipandang serius oleh pihak kerajaan negeri kerana kalau tidak dibuat tindakan bersungguh-sungguh, sudah tentulah keadaan masyarakat kita,
"terutama remaja sebab boleh dikatakan penglibatan penagihan dadah amat besarlah di kalangan remaja. Kita ada pelbagai jenis lah. Kita ada syabu ke atau pil kuda lah yang paling banyak.
"jadi perkara ni, tanggungjawab terbesar ialah kerajaan. Tanggungjawab kedua ialah ibu bapa sendiri. Ibu bapa dan seluruh masyarakat termasuklah NGO dan pemimpin masyarakat,"ujarnya.
(Gambar - aktiviti rempit dikaitkan dengan gejala penagihan dadah, indikator sehingga kini, Rempit tidak berjaya di hapuskan, malah semakin bertambah)
Menurutnya, usaha pencegahan yang dipikul oleh pihak kerajaan mesti melibatkan semua pihak, bukan hanya agensi kerajaan dan bukan kerajaan bahkan parti-parti politik
.
"Cuma saya melihatlah satu perkara yang perlu diambil perhatian oleh pihak yang berkuasa melibatkan daripada semua pimpinan masyarakat kena diambil kira. Sebab kalau kita lihat, usaha untuk mengatasi masalah ini hanyalah diminta oleh satu pihak saja. Agensi bukan kerajaan dan agensi kerajaan.
"Tetapi dikalangan parti-parti politik yang dianggap sebagai pembangkang, tidak diambil untuk sama bertanggungjawab. Jadi, kita tidak mahulah .. pasal untuk mengatasi penyakit yang merbahaya ini,"jelasnya.
Katanya, sikap 'banyak berpolitik', tidak telus dan terbuka dalam usaha pencegahan dadah menyebabkan tanggunjawab yang besar itu diabaikan.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu juga kesal kerana usaha pencegahan yang dibuat tidak menitikberatkan soal agama.
"satu lagi yang melibatkan perkara yang tidak berjaya dilakukan oleh agensi-agensi yang terlibat, yang mana tidak (mereka) menitikberatkan soal agama, misalnya dalam (soal) sembahyang pun, tidak ada sangat agama, yang banyaknya (program ber)sifat hiburan, (ber)sifat mainan, jadi itulah yang ditonjolkan sehinggalah di kalangan remaja sendiri lupa tanggungjawab untuk masa depan mereka.,"tegas beliau, yang menyatakan kesediaan bekerjasama dengan sebarang program pencegahan dadah.
Oleh itu, menurutnya, walaupun banyak program pencegahan yang dilaksanakan, namun program yang dilaksanakn tidak berkesan dan gagal mengurangkan kadar penagihan dadah di negeri Terengganu.
"Memang tak berkesan. Sebab tu lah makin meningkat walaupun memang ada jawapan daripada pihak-pihak tertentu bahawa mereka berjaya mengadakan program. Memang mengadakan program tu berjaya tapi sejauh mana kesan daripada program itu?,"soal Ustaz Abu Bakar
Justeru beliau menyarankan supaya semua program pencegahan dadah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan, dikaji semula
"oleh sebab itu, kena fikir balik program yang boleh menjayakan hasrat kita untuk mengurangkan kadar penagihan dadah. Sebagai contoh, pada masa kita (PAS) memerintah, kita menekankan soal pembangunan insan di kalangan remaja. Kita dapat mengurangkan penagih dadah,
"masa tu kita buka KESIHAT (Kem Seliaan dan Latihan Pemadam Terengganu) iaitu pusat pemulihan dan kita berjaya. Berjaya memulihkan sebahagian besar daripada pelatih-pelatih sehingga mereka berjaya dalam pelajaran tapi malangnya sekarang (KESIHAT) sudah tidak ada (kerana telah ditutup oleh kerajaan BN),"katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan