| MALAYSIA KINI | ||
| |
"Tolong kaji balik perlantikan pengerusi perhubungan di Kedah khasnya dan di negeri-negeri pembangkan lain," kata Bassori yang juga ketua Pemuda Umno Jerai.
Berucap sebagai wakil Pemuda Umno Kedah ketika membahaskan ucapan dasar ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin, Bassori berkata walaupun mungkin ada pihak yang terguris dengan sikap berterus-terangnya itu, beliau hanya menuruti prinsip "bercakap benar walaupun pahit".
Menurut Bassori lagi, sentimen bukan orang tempatan itu setakat ini berjaya digunakan dengan baik oleh PAS yang memimpin negeri itu bagi menepis isu berbangkit, seperti masalah air.
"(Menteri Besar Datuk Seri) Azizan Razak kata, depa (Umno) nak gaduh pasal air apa, depa (mereka) bukan dok sini.
"Dan rakyat setuju," kata Bassori lagi.
26 ulasan:
Kesibukan Shafie telah menyebabkan beliau tidak mampu melaksanakan tanggungjawabnya dengan sepenuhnya. Oleh itu, saya setuju jika Shafie ditukar.
Lebih bagus kalau jawatan tersebut diberi kepada pemimpin tempatan.
pekara ini perlu diteliti dengan sebaiknya. mungkin perlantikan pengerusi perhubungan di Kedah dan di negeri-negeri pembangkang lain perlu dikaji.
Inilah sebab kenapa shafie keluar dari Kedah kerana ada tentangan dari dalam parti.
Saya percaya ini adalah satu cadangan yang baik untuk Kedah. Biakan orang tempatan yang memerintah negeri itu lebih afdal. Bukannya pemimpin import yang sibuk dengan banyak jawatan lain.
Wakil kedah mahu Shafie ditukar dengan pemimpin tempatan. Saya dengan calon tersebut ialah Datuk muhkriz. harap pemimpin itu dapat membantu negeri tersebut.
Bukankah Shafie Apdal dah menyerah balik jawatannya di Kedah?
Tapi saya memang bersetuju, setiap negeri patut dipimpin oleh rakyat negeri mereka masing-masing.
lebih baik jika wakil tempatan diutamakan. Shafie nampknya akan kembali ke Sabah.
isu ini tidak perlu dirumitkan kerana Shafie sendiri tidak keberatan untuk berundur dari jawatan itu..
Itulah, di sini kita mahukan pemimpin tempatan memimin negeri sendiri, pemimpin negeri sendiri pula memimpin negeri orang lain. Bukan apa, pemahaman pemimpin tempatan tidak sama dengan pemahaman pemimpin luar. Jadi, memang patut Shafie Apdal balik saja ke Sabah. Namun, jangan pula jadi Ketua Menteri Sabah seterusnya.
Fikir logik pun dengan berbagai jawatan yang dipegang memang akan jadi sibuk. Mana dapat fokus kepada pembangunan negeri. Same applies to other leaders as well.
Adakah wakil Kedah sebulat suara menolak kepimpinan Shafie? Mungkin ini cuma pandangan satu dua wakil.
Kalau betul si SA ni sibuk, mungkin ada baikknya jika jawatan tu diberi pada orang lain.
Perkara ni patut dipertimbangkan demi kebaikan masyarakat Kedah.
Pada pandangan saya sendiri, saya lebih suka dengar orang sendiri jadi pemimpin di tempat sendiri.. Tapi bergantung pada keadaan juga la.. hehehe
Apapun saya harap hal ni dapat ditanggani dengfan baik tanpa menyinggung perasaan mana2 pihak!
Wakil Kedah mungkin rasa lebih senang hati jika orang tempatan yang memimpin mereka.
Mungkin pemimpin pemuda UMNO berkenaan cuba buka jalan untuk seseorang yang beliau mendekati.
Wakil Kedah berhak mencadang, keputusan dalam tangan pucuk pimpinan pusat iaitu dalam tangan Pegerusi UMNO.
mungkin ada baik jika UMNO menerima cadangan tersebut..
shafie bukannya penduduk asal kedah jadi adalah wajar beliau ditukar dengan wakil tempatan..ini memberikan kebaikan kepada rakyat dan UMNO itu sendiri.
apa pun keputusan terletak pada pucuk pimpinan parti..
Beliau dari Sabah. Sampai masa nanti beliau pasti pulang ke Sabah. Wakil Kedah bersabarlah.
Siapa isi hati wakil Kedah? Mukhiz mungkin orangnya.
Catat Ulasan