HALAMAN SANTAI

Selasa, 21 Disember 2010

450 penduduk Apin-Apin desak k'jaan tangani isu ceroboh padang ragut

KENINGAU KINI

KENINGAU: Kira-kira 450 penduduk Apin-Apin mendesak ketegasan kerajaan, berhubung dengan isu pencerobohan Padang Ragut Apin-Apin.

Jurucakap penduduk Victor Leonardus, 48, memberitahu dalam satu kenyataan, padang ragut itu kini seolah-olah menjadi sumber keuntungan kepada individu tertentu.

“Pihak berkuasa kampung menawarkan lot-lot tanah itu kepada orang lain, dan penduduk mempunyai bukti mengenainya,” dedah Victor.

Victor berkata, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung serta mantan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg. Kikiran harus bertanggungjawab ke atas perkara itu.

Padang Ragut Apin-Apin yang pada asalnya seluas 500 ekar, kini hanya berbaki 350 ekar, selepas sepertiga daripadanya dijadikan tapak bangunan sekolah menengah Apin-Apin.

Masalah yang timbul pada ketika ini jelas Victor, baki kawasan itu yang berjumlah 350 ekar, menjadi medan perebutan penduduk yang sesetengahnya bertindak sendiri untuk membahagi-bahagi kawasan itu kepada lot-lot persendirian.

Pemegang amanah kawasan itu terdiri daripada Pegawai Daerah Keningau, Jabatan Haiwan Daerah, Jabatan Tanah dan Ketua Kampung, seperti yang termaktub pengwujudan padang ragut itu pada awal tahun 1960.

Sedikit masa dahulu, Pegawai Daerah Keningau menekankan padang ragut itu akan kekal sebagai sebuah rizab yang tidak boleh di rombak untuk tujuan pemilikan individu.

Bagaimanapun menurut Victor, tindakan segelintir individu termasuk pihak berkuasa adat di Apin-Apin, untuk menjadikan sebahagian kawasan itu sebagai lot persendirian mencetuskan kemarahan rata-rata penduduk di situ.

“Bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku,” soalnya dan meminta kerajaan supaya bertegas, dan mengeluarkan arahan bagi menghalang usaha tertentu untuk menganggu gugat kawasan tersebut.

Victor turut mahu kerajaan supaya mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang terlibat, sebagai usaha untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada pemegang adat di kawasan itu seperti Ketua Anak Negeri (KAN) dan Ketua Kampung (KK), yang sepatutnya bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi kawasan itu daripada sebarang gangguan.

“Mereka bertanggungjawab,” jelasnya dan menambah, kerajaan perlu menarik semua kuasa mereka sebagai jaminan bertanggungjawab ke atas gangguan yang telah berlaku ke atas amanah tersebut.

Victor yang merupakan aktivis masyarakat mahu, supaya pemimpin di kawasan itu khususnya Wakil Rakyat DUN dan Parlimen, supaya memainkan peranan bagi mengembalikan situasi asal padang ragut tersebut.

“Penduduk perlu jaminan,” katanya.

Difahamkan beberapa bahagian kawasan itu telah pun didirikan dengan rumah persendirian, disamping beberapa bahagian lagi telah dimiliki oleh individu tertentu, tanpa pengetahuan pemegang amanah kawasan itu.

35 ulasan:

azman berkata...

pekara ini perlu diberikan perhatian dan tindakan daripada pihak yang berkuasa.

azman berkata...

harap masalah ini dapat diselesaikan demi kepentingan semua pihak.

Tanpa Nama berkata...

kerajaan kena mengambil tindakan bagi menangani isu ini.

nickko berkata...

lakukan sesuatu sebelum masalah ini bertambah rumit.

nickko berkata...

jika wakil rakyat di kawasan itu tidak mampu menyelesaikan masalah penduduk dikawasannya, lebih baik lepaskan jawatan itu. masalah ini tidak akan berlaku jika wakil rakyat melakukan tugas mereka.

onong berkata...

Padang ragut pun kena ceroboh juga?

Hamdan Hadillah berkata...

Pihak berkenaan perlu menyelesaikan masalah ini.

Bhatera berkata...

Sebagai wakil yang terpilih harus turun padang dan cuba untuk menyelesaikan masalah yang terdapat ditempat tersebut. Jangan duduk diam saja, tolong ambil langkah membantu.

Hamdan Hadillah berkata...

Kerajaan perlu menangani masalah pencerobohan tanah padang ragut ini. Siapakah yang benar-benar layak untuk memiliki kawasan berkenaan.

Tanpa Nama berkata...

Diharapkan kerajaan akan memberi perhatian terhadap masalah ini serta menghulurkan bantuan.

Tanpa Nama berkata...

MP tempatan harus mencuba menyelesaikan masalah penduduk sebelum meminta bantuan daripada kerajaan.

chimchim berkata...

This is funny. They invade a field?

Tanpa Nama berkata...

kita tak boleh biarkan perkara ini terus berlaku. kepentingan penduduk perlu dijaga.

Tanpa Nama berkata...

wakil rakyat di kawasan tersebut harus memainkan peranan beliau untuk menyelesaikan masalah ini.

Tanpa Nama berkata...

dari 500 ekar, tinggal 350 ekar...bagaimana hal ini boleh berlaku?

Tanpa Nama berkata...

diharap pihak kerajaan akan campur tangan untuk menyelesaikan masalah ini..mungkin berlaku salah guna kuasa dan penyelewengan berhubung dengan isu tanah padang ragut ini.

Tanpa Nama berkata...

pihak2 berkenaan seperti Ketua Anak Negeri (KAN) dan Ketua Kampung (KK), yang sepatutnya bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi kawasan itu daripada sebarang gangguan pula haruslah memberikan penjelasan..

Tanpa Nama berkata...

diharap isu ini akan diselesaikan demi kepentingan semua..

Tanpa Nama berkata...

Padang ragut pun kena ceroboh, silap2 haribulan tandas orang kena pecah masuk cam tu saja.

Antanum berkata...

Selesaikan masalah ini sebelum ianya menjadi senjata kepada pembangkang untuk dijadikan isu.

Tanpa Nama berkata...

Perkara ni haruslah ditanggani secepat mungkin. Jangan biarkan para penduduk menunggu terlalu lama.

Tanpa Nama berkata...

Saya hairan kenapa pihak berkuasa kampung tawarkan lot-lot tanah pada orang lain? Hal ini harus disiasat.

Tanpa Nama berkata...

Jika benar dakwaan penduduk, pihak yang terlibat harus diberi hukuman setimpal supaya jadi pengajaran.

Tanpa Nama berkata...

Betul tu Easter Albert. Wakil yang dipilih untuk suara penduduk sepatutnya berusaha menanggani hal ni dan bukannya memilih untuk berkecuali. Saya yakin jika hal ni berjaya diselesaiakan di peringkat kampung, isu ni takkan meluas sehingga melibatkan media.

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya kerajaan harus campur tangan dalam menanggani hal ini.

Ezef berkata...

It is time to do something before someone is keeping on invading the land.

noemi berkata...

I hope the case will be solved asap!

Mohd Ishak berkata...

Harap perkara ini dapat ditangani dengan baik supaya boleh membantu penduduk Apin-Apin ini menegakkan kebenaran.

Mohd Ishak berkata...

Harap perkara ini dapat ditangani dengan baik supaya boleh membantu penduduk Apin-Apin ini menegakkan kebenaran.

Tanpa Nama berkata...

Inilah sikap manusia yang mementingkan diri. Jika keadaan ini berterusan, amat tidak adil kepada penduduk yang mematuhi syarat tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Padang ragut awam sudah jadi padang persendirian.
Kerajaan harus bertindak.

Unknown berkata...

Terdapat pihak yang menyeleweng mungkin.

Tanpa Nama berkata...

Padang ragut ini masih milik kerajaan dan telah diwartakan. Tiada pihak yang berhak menjadikannya sebagai hak persendirian.

Tanpa Nama berkata...

Pihak berkenaan tampil bertindak sebelum terlambat.

Unknown berkata...

Sekiranya tidak ditangani segera, sudah pasti padang ragut ini akan jadi padang rumah.