Harakahdaily |
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberi tiga sebab mengapa Barisan Nasional (BN) tidak meneruskan cadangan pemotongan subsidi untuk petrol, diesel dan LPG, dan yakin dengan kenaikan harga barangan keperluan tertentu kecuali IPP sebaik memenangi pilihan raya umum akan datang. Katanya, Pakatan Rakyat (PR) telah menyebabkan timbulnya rasa takut kepada kepimpinan kerajaan BN yang telah mendorong mereka membatalkan cadangan pemotongan subsidi malah turut mengumumkan tiada kenaikan harga minyak RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) untuk ketika ini. Namun subsidi diesel untuk kapal penangkap ikan laut dalam dan 9 kelas kenderaan komersial masih akan dihapuskan bermula 1 Jun, mengurangkan bebanan subsidi yang ditanggung Kerajaaan Persekutuan sehingga mencecah RM886.1 juta setiap tahun. “Ada 3 alasan mengapa BN menukar dan memutuskan untuk tidak meneruskan cadangan kenaikan harga barangan,” katanya. Pertama, katanya PR berkemampuan untuk memobilisasi hampir keseluruhan dalam usaha membantah kenaikan harga barangan dengan mendedahkan ketidakadilan yang wujud dalam syarikat besar seperti IPP yang dilindungi daripada pemotongan subsidi sebanyak RM19 bilion setahun sementara 27 juta rakyat Malaysia biasa yang tidak berkemampuan terpaksa membayar sejumlah wang dengan harga yang tinggi. Kedua, ujarnya BN berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum dan kenaikan harga yang berat sebelah itu bertentangan dengan para pengundi. “Ketiga, BN bimbang dengan kekuatan luar biasa PR sehingga BN takut untuk meneruskan pemotongan subsidi yang hanya akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan. Walau bagaimanapun, katanya sebelum rakyat berpesta dengan pengekalan harga beberapa barangan kawalan, kerajaan BN masih belum menyerah kalah untuk menaikkan harga dengan pengurangan subsidi. Ini, tambahnya adalah berikutan dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang menyatakan bahawa kajian semula dasar subsidi adalah perlu kerana kerajaan berdepan dengan bebanan subsidi dua kali ganda iaitu dari RM10.32 bilion kepada RM20.58 bilion untuk tahun ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menolak untuk menyatakan berapa lama kerajaan akan mengekalkan harga semasa. “Dalam erti kata lain sebaik BN memenangi pilihan raya umum yang akan datang, tiada siapa yang akan dapat menghalang BN untuk menghapuskan subsidi dan menaikkan harga barang,” jelasnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang. Selain itu, katanya penjana tenaga bebas (IPP) sekali lagi akan terlepas daripada sebarang pemotongan subsidi gas seperti yang dinyatakan melalui sokongan padu kepada IPP daripada Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui. Peter Chin menegaskan bahawa RM19 bilion setahun yang dinikmati oleh penjana tenaga bebas (IPP) dan TNB itu bukanlah dalam bentuk subsidi tetapi keuntungan yang dilepaskan oleh Petronas berikutan penjualan gas sebanyak 25 peratus daripada harga pasaran. Sementara itu, Chua menyatakan bahawa subsidi gas kepada IPP tidak boleh dihapuskan kerana terikat dengan perjanjian. Peter Chin ternyata sedang bermain dengan kata- kata kerana akhirnya IPP (60 %) dan TNB (40%) akan menikmati faedah daripada RM19 bilion subsidi tahunan. Tambah Guan Eng, Chua pula harus menjelaskan mengapa kerajaan BN termasuk dirinya, menyokong dan menjeratkan diri mereka dalam perjanjian yang ternyata bertentangan dengan kepentingan 27 juta rakyat Malaysia. Katanya lagi, tiada cara lain untuk mencapai 5.4 peratus deficit fiscal tanpa lanjutan pemotongan subsidi melainkan kerajaan BN mengamalkan dasar anti rasuah. Menurutnya, menteri-menteri BN sendiri mengaku bahawa kos rasuah negara melibatkan sekurang- kurangnya RM28 bilion setahun dan ada yang menganggarkan sebanyak USD100 bilion kehilangan secara kumulatif akibat rasuah sejak tahun 1980- an. Beliau berkata, dasar anti rasuah tidak mungkin dilaksanakan kerana kerajaan BN menolak untuk mengamalkan sistem tender terbuka, ketelusan prosedur dan akauntabiliti awam dalam proses pembelian dan kontrak kerajaan. “Atas alasan tersebut, hanya sokongan anti rasuah yang dilaksanakan PR akan dapat menyelamatkan rakyat, bak kata pepatah ‘bunuh dua ekor burung dengan seketul batu’ dengan tidak hanya membanteras amalan rasuah tetapi juga akan menghentikan kenaikan harga barang,” katanya. |
HALAMAN SANTAI
Jumaat, 27 Mei 2011
3 sebab BN tak potong subsidi petrol
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 ulasan:
It is expected that the elections will arrive soon.
Its ok if the government wants to cut out subsidies, but they must re-compensate by implementing minimum wage policies or increase salary base on inflation rates.
harap harga tidak akan dinaikkan dalam tempoh yang lama.
sebaiknya biarlah ia dilakukan disebabkan keprihatinan dan rasa tanggungjawab terhadap rakyat dan diharap tiada kenaikan berlaku dalam tahun ini.
itu hnya andaian pembangkang. subsidi tak dipotong kerana kerajaan tak ingin rakyat terbeban.
Sebaikny kita bersyukur dengan kadar minyak yang diberikan oleh kerajaan. Lihat sendiri jika dibandingkan dengan Singapura, Indonesia.. Minyak RON95 dari harga RM5 dan RM3. Tapi negara kita lihat sendiri. hanya RM1.90.
LGE tidak patut sembunyikan kesannya jika subsidi IPP dipotong.. LGE tahu kesannya akan membuatkan rakyat menanggung beban tarif elektrik yang tinggi.
samada pengekalan subsidi ini bertujuan untuk pilihanraya atau tidak, kenaikkan itu tetap tidak dapat dielakkan. MUSTAHIL DAP dan Pakatan mampu mengekalkan harga petrol dan barang lain sampai kiamat..
susah juga berurusan dengan pembangkang di negara ini. harga naik masuk politik, harga kekal pun masuk politik. jadi tidak tahu mana satu yang betul..
Catat Ulasan