SHAH ALAM - Tangkapan terhadap beberapa pekerja termasuk beberapa pemimpin pertubuhan pada Hari Pekerja di ibu Negara hari ini dianggap memberi satu penghinaan terhadap pekerja di Malaysia kata Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid.
Menurut Abdullah, sudah tiba masanya bagi golongan pekerja mengorak langkah bagi mengubah kerajaan pusat agar mendapat pembelaan yang sewajarnya.
“Pekerja dianggap kelas ketiga, dihina seolah-olah bangsatnya pekerja di Malaysia ini oleh kerajaan barisan Nasional Jadi untuk lahirkan ketiakpuasan hati mereka , mereka perlu membuat suatu tuntutan. Kalau setakat rali itu belum lagi mengaibkan , salahnya apa/ kalau rally itu perlukan ada permit, maka negara ini negara yang dictator, dictator, orang utara cakap Negara celaka haram jadah, ini persoalan perlu dijawab oleh semua orang.
"Kerana ini tidak langsung menggugat ekonomi Ini mencerminkan tuntutan itu memerlukan pembelaan. Itu saja tuntutan yang dibuat. Gaji minimum, bila hendak dibuat akan datang, akan datang tapi bila, bila. Persoalannya rakyat begitu benci , begitu marah dengan pembohongan demi pembohongan dan cara hangat-hangat tahi ayam yang dibuat oleh Barisan Nasional," tegas Abdullah
Polis menahan 21 termasuk Ahli Parlimen Sungei Siput Dr D. Jayakumar dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia S. Arutchelvan dalam perhimpunan sempena hari pekerja di ibu negara hari ini.
Presiden Gerakan Mansuhkan ISA, Syed Ibrahim Syed Noh menyifatkan tangkapan tidak seharusnya dilakukan dalam perhimpunan aman pada Hari Pekerja bagi menghormati hak pekerja kerana hak untuk berhimpun itu terkandung dalam perlembagaan Negara.
“Merupakan satu hak bagi kita untuk berhimpun sebagaimana terkandung dalam perlembagaan Negara , Perkara 10, Jadi sepatutnya hak ini dihormati dan mereka ini diberi hak untuk berhimpun secara aman khususnya hari ini adalah sambutan Hari Pekerja. Jadi saya rasa sepatutnya tidak berlaku apa-apa
Penahanan melainkan jika ada berlakunya keganasan atau kekerasan dan pada masa yang sama mereka harus diberikan pembelaan dan dibebaskan terus.
Beliau turut mempertikaikan tindakan poplis yang membua tindakan melulu dalam menghalang perhimpunan dan melakukan tangkapan sedangkan hak untuk berhimpun itu perlu diberi pada tempat yang betul dan diberikan ruang yang secukupnya.
Syed Ibrahim juga berharap situasi perhimpunan di Negara ini perlu dibuat penafsiran semula.
“Situasi perhimpunan di Negara ini perlu dibuat satu penafsiran semula sebagaimana perhimpunan-perhimpuna yang telah dibuat sebelum ini. Bermakna pihak polis dan pihak kerajaan perlu melihat satu suasana yang sihat untuk rakyat boleh berhimpun dan menunjukkan , menyampaikan mesej mereka dan juga mainkan peranan dalam kgerakkan isu-isu dalam Negara.
Belaiu juga turut mempertikaikan piawaian berbeza atau 'double standard' dalam memberikan penilaian antara satu perhimpunan dan perhimpunan lain.
"Dan pada yang sama saya rasa banyak berlaku double standard , piawaian yang berbeza-beza daripada satu perhimpunan ke satu perhimpunan. Sesetengah perhipunan tidak ada apa-apa seolah-olah dibenarkan sesetengah perhmpunan pla dihalang dan ditangkap mereka ini. Jadi isu ini tak selesai sampai sampai sekarang masih belum selesai. Banyak laporan telah dikeluar oleh Suhakan contohnya yang telah mencadangkan supaya perhimpunan ini diberi ruang yang cukupnya dan tidak memerlukan satu permit, Cuma yang diperlu diumumkan kepada pihak polis dan pihak polis bekerjasama agar perhimpunan itu berjalan dengan baik," kata beliau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan