HALAMAN SANTAI

Isnin, 2 Mei 2011

Anifah Bidas Petronas Kerana Gagal Tunai Janji

BERNAMA

PETRONAS, syarikat minyak negara, pada Sabtu diminta menyegerakan pembinaan satu sekolah teknikal di negeri ini yang khusus bagi melatih anak-anak negeri Sabah, khususnya dari golongan Bumiputera, di dalam bidang minyak dan gas.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, yang juga anggota Parlimen Kimanis, berkata langkah Petronas itu akan membuka peluang kepada tenaga kerja negeri ini untuk merebut peluang pekerjaan di dalam sektor itu yang dilaksanakan di Sabah kelak.

Di dalam hubungan ini, Petronas perlu juga memberi peluang kepada syarikat perniagaan Bumiputera Sabah sendiri untuk melaksanakan kerja yang berkaitan minyak dan gas di negeri ini, katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-13 Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Sabah, beliau juga telah meminta Petronas membina loji di kawasan Kimanis minyak dan gas di sini.

Katanya sehingga ini tidak banyak yang dilakukan Petronas selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan DPMM Sabah berkaitan projek minyak dan gas di kawasan Kimanis.

Beliau juga melahirkan kekecewaannya apabila Petronas didakwanya tidak menepati syarat selepas penduduk Kpg Takis, Papar di dalam kawasan Kimanis, menyerahkan kawasan tanah adat seluas 100 hektar bagi pembangunan satu terminal minyak dan gas.

Sehubungan itu, beliau juga berharap Peronas tidak memberi keutamaan semata-mata kepada Bintulu di Sarawak bagi membina projek berkaitan minyak dan gas, malah untuk menyediakan projek di Sabah, agar kesan limpahannya dapat dirasai oleh semua penduduk negeri itu

26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Petronas must fulfill their promises to Sabah.

Jason berkata...

A promise is a promise and it must be fulfilled.

Jason berkata...

I hope Petronas will not delay in fulfilling the promises. The people is counting on Petronas.

Tanpa Nama berkata...

pembinaan sekolah teknikal khusus untuk melatih anak-anak negeri Sabah dalam bidang minyak dan gas harus dilaksanakan dengan segera agar peluang-peluang pekerjaan yang terbuka dalam sektor minyak dan gas kelak dapat diisi oleh rakyat Sabah sendiri.

Tanpa Nama berkata...

PETRONAS harus berpegang kepada janji dan MoU yang telah dimeterai..

Tanpa Nama berkata...

pembinaan sekolah tersebut harus disegerakan..

Tanpa Nama berkata...

syarat yang telah ditetapkan haruslah dipatuhi..jika PETRONAS tetap berdolak-dalik maka kredibiliti PETRONAS akan jatuh dan penduduk akan hilang keyakinan dan kepercayaan kepada syarikat minyak ini.

zam berkata...

Petronas perlu menunaikan janji mereka. pembinaan sekolah teknikal untuk melatih anak-anak Sabah dalam bidang minyak dan gas perlulah dilaksanakan.

zam berkata...

selain itu, petronas perlulah memberikan keutamaan kepada Sabah dan memberikan peluang kepada Sabah untuk terlibat dan industri minyak dan gas di negeri ini.

Tanpa Nama berkata...

sekolah tersebut harus disegerakan. ia perlu bagi melatih bumiputera dalam bidang minyak dan gas.

Tiada Nama berkata...

Mungkin ramai anak2 yang berminat memasuki sekolah tersebut.Jangan biarkan anak2 ni menunggu lama sangat.

mandau berkata...

dgn adanya sekolah tersebut, ramai tenaga mahir dalam bidang minyak dan gas akan dihasilkan.

Tanpa Nama berkata...

Diharap Petronas juga memberikan projek-projek berkaitan minyak dan gas kepada Sabah sepertimana yang diberikan di negeri-negeri lain.

Tanpa Nama berkata...

bila lagi anak2 di negeri ini dilenagkapi dengan kemahiran mengendalikan industri minyak dan gas.. jangan tunggu sehingga wujud permintaan baru terhegeh2 merancang penawaran..

Tanpa Nama berkata...

kepada pemimpin2 Sabah, jangan tunduk dan bertolak ansur dengan syarikat2 besar.. tuntut apa sahaja yang terbaik untuk negeri ini.

Paquin berkata...

Janji yang telah ditabur haruslah dipenuhkan seadanya dan juangan biarkan ia menjadi cakap kosong.

Paquin berkata...

Apapun alasannya, Petronas harus cari jalan menanggani perkara ini dengan baik.

Paquin berkata...

Semoga hal ini mendapat perhatian sewajarnya demi kebaikan bersama.

Bujang Senang berkata...

Sebaiknya terminal minyak dan gas itu nanti akan diberikan peluang lebih kepada para penduduk tempatan. Apa pun yang pasti berikan mereka pendidikan dan kemahiran dalam bidang minyak dan gas.

Sanih Alias berkata...

Harap janji yang diberikan akan ditunaikan. Ilmu minyak dan gas perlu diberikan kepada rakyat Sabah.

Tanpa Nama berkata...

Duit Petronas duit rakyat. Duit rakyat harus diguna oakai demi manfaat rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Setakat ini cuma Dt Anifah yang berani membidas ketidakadilan yang dilakukan terhadap rakyat Sabah.

Unknown berkata...

Kita harap lebih ramai pemimpin Sabah berdepan meberi tekanan kepada Petronas suapya janji itu direalisasikan.

onong berkata...

Petronas sepatutnya membuka peluang kepada anak2 muda di Sabah untuk bekerja namun apa yang terjadi memang satu tanda yang ketara.

Nemia berkata...

I think Anifah has done the right thing.

Velove berkata...

Janji harus ditunaikan.