HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 Mei 2011

BERSIH pelawa BN sertai Perhimpunan Rakyat

Kuek Ser Kuang Keng


Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini mempelawa semua parti komponen BN menyertai perhimpunan besar-besaran 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

NONE“Saya jamin menteri dan parti politik bahawa ini adalah insiatif masyarkat madani dan bukannya inisiatif mana-mana parti politik,” kata pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan pada sidang akhbar di Kuala Lumpur.

Beliau merujuk amaran Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin, sebelum ini yang mahu BERSIH 2.0 sebagai penhanjur membatalkan perhimpunan jalanan itu.

"Saya ingin menjemput semua parti politik termasuk BN dan NGO lain supaya bersama kami pada perhimpunan ini untuk bersama dengan rakyat.”

NONEPengumuman pertama perhimpunan itu dibuat oleh ahli jawatankuasa pusat PAS Mohamad Sabu pada Sabtu lalu. Tetapi jelas Ambiga, PAS dimaklumakan berhubung inisiatif berkenaan melalui mesyuarat BERSIH 2.0 baru-baru ini, di mana wakil beberapa kumpulan turut dijemput.

"Kami bermesyuarat dengan beberapa NGO dan kumpulan lain termasuk PAS kerana mereka mempunyai pengalaman menganjurkan perhimpunan seumpama ini,” katanya.

bersih rally 271207 04Mengulas reaksi dingin daripada Hishammuddin, yang menganggap perhimpunan itu sebagai cubaan menimbulkan huru-hara dan memburukkan imej antarabangsa Malaysia, Ambiga berkata pemimpin politik yang berkuasa mesti menukar tanggapan mereka berhubung perhimpunan aman yang menjadi hak perlembagaan setiap rakyat.

"Kami tidak akan berundur. Ia pada 9 Julai dan ia akan diadakan,” katanya lagi.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hope that we can fight for a more fair and free elections.

Tanpa Nama berkata...

Good luck to Bersih. Keep up the efforts.

azman berkata...

jangan sampai berlaku kekecohan pula nanti.

Tanpa Nama berkata...

buat perhimpunan tu jgnlah sampai timbul kekecohan.

Tanpa Nama berkata...

perhimpunan tersebut dilakukan secara aman tetapi jangan pula ada pihak yang menghuru-harakan keadaan.

Unknown berkata...

Harap tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku pada masa ini.

Tanpa Nama berkata...

kenapa perlu ajak pihak yang membantah perhimpunan ini?? beginikah caranya PAS menyelesaikan masalah sekiranya berjaya membentuk kerajaan? saya harap rakyat menolak parti seperi ini yang suka mengamalkan politik ganas dan huru hara..