HALAMAN SANTAI

Ahad, 8 Mei 2011

GPW Rampas Rumah Peneroka FELDA

Oleh: tiongmas



"Telah banyak kali kita dengar bagaimana felda menjadi alat pemimpin umnobn mengkayakan diri mereka dan para kroni sehingga matlamat penubuhan felda tersasar jauh dan kebajikan peneroka terabai. peneroka semakin miskin kerana menanggung hutang mencecah ratusan ribu ringgit dan pemimpin felda dari kalangan umnobn meraih pendapatan jutaan ringgit setiap tahun. kantung felda semakin menipis walau pun felda diwar-warkan semakin kaya.

Itu kisah organisasi felda yang `rosak' angkara jasa umnobn. Dalam rancangan Felda, ahli parti umnobn yang sentiasa meratipkan kalimah ketuanan melayu sambil membakar kemenyan menyeru krisis perbalahan antara agama dan kaum, galak pulak menindas orang kampung satu bangsa satu agama yang lemah dan tidak berdaya. Sememangnya umnobn adalah mimpi ngeri masyarakat Malaysia khususnya bangsa melayu.

Kisah terkini, sebuah keluarga di gugusan Palong... kerana pokok getah masih belum mengeluarkan hasil dan desakan hidup, mereka tinggal sebulan lebih di rumah mak mertuanya di sebuah felda berdekatan. Namun sebaik sahaja mereka pulang ke rumah..alangkah terkejutnya mereka kerana mereka dihalang oleh wanita umnobn dari masuk ke rumah mereka sendiri. Rumah itu pula telah pun dijadikan markas GPW. Apakah perasaan anda jika diperlakukan demikian? Fikirlah sendiri. Hutang ditanggung untuk bayar rumah dan ladang... mereka berkorban berpindah ke felda untuk memulakan penghidupan. Memang ada syarat dicipta oleh felda untuk menyingkirkan peneroka... tapi apakah tiada budibicara sementelah lagi mereka bertandang ke rumah mertua kerana sebab yang mendesak? hilang akalkah wanita umnobn ini? syaitan manakah yang merasuk pemikiran mereka agar bertindak sezalim ini?

Tidak hairan... sebab telah berlaku di gugusan yang sama bagaimana sebuah keluarga dianiaya oleh jiran-jiran dan umnobn dengan memperalatkan pengurusan felda untuk merampas hak mereka. tidak cukup rampas harta benda, rosakkan rumah, ambil hasil ladang... anak peneroka diserang dan keluarga ini diaibkan. sekarang sedang dalam proses perbicaraan mahkamah. nak tahu lebih lanjut... datang ke mahkamah tinggi seremban pada 31 Mei ini. Jika anda betul-betul prihatin ikutilah perkembangan Kes Hashim - contoh insan melayu yang ditindas dan dizalimi oleh syaitan melayu yang berpartikan umnobn.

Itu hal mereka. Di felda, felcra... dan merata tempat lagi kezaliman umnobn tidak tertanggung lagi. apakah anda hanya ingin berubah apabila diri atau ahli keluarga atau sahabat handai terdekat anda terkena bala kezaliman mereka ini? Sebarkanlah video lucah dan fitnah... untung-untung anak kamu terkena balanya. kisah apa... anak generasi kelahiran umnobn memang ramai yang punah.

Tiada ulasan: