HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 Mei 2011

Ibu pejabat PKR hadapi kemungkinan dilelong

Regina Lee


PKR mungkin diusir dari ibu pejabat parti itu kerana pemilik bangunan yang disewanya gagal membuat bayaran pinjaman bank sehingga mengakibatkan bangunan berkenaan terpaksa dilelong.

NONEBuat masa ini PKR menyewa bangunan lima tingkat itu daripada sebuah syarikat dengan sewa bulanan antara “RM10,000 hingga RM20,000".

Bagaimanpun, pemilik bangunan itu dikatakan telah gagal membayar ansuran pinjamannya dan bank mahu melelong 10 rumah kedai milik syarikat berkenaan di Tropicana, Petaling Jaya ini.

Mengesahkan perkara ini dengan Malaysiakini, bendahari PKR dan ahli parlimen Selayang William Leong berkata lelongan dijadualkan pada 9 Jun ini.

“Kami hanya menyewa. Tuanpunya tidak bayar. Ini bukan pinjaman kami dan kami tidak berhutang dengan bank. Kami cuma penyewa.

“Saya tidak tahu mengapa mereka tidak bayar. Mungkin (pemiliknya) ada masalah perniagaan dan tidak dapat membayar pinjaman mereka,” katanya.

Pada 2008, ibu pejabat parti itu berpindah dari sebuah pejabat kecil di Brickfields, Kuala Lumpur ke bangunan sekarang di Merchant Square Tropicana.

Leong berkata PKR sedang mempertimbangkan beberapa pilihan, termasuk berpindah.

“Kita juga boleh terus menyewa daripada pemilik baru, ataupun membeli bangunan itu sendiri,” katanya.

'Bukan milik Soh Chee Wen'

Apabila ditanya mengapa PKR tidak berbuat demikian daripada mula, Leong berkata tindakan tersebut adalah untuk menjimatkan dana parti bagi 'operasinya'.

NONE“Kami belum buat keputusan lagi. Semuanya bergantung kepada perbincangan oleh pemimpin parti,” katanya,

Apabila diasak mengenai siapa pemilik bangunan itu, Leong yang memegang jawatan bendahari sejak 2008 tidak mahu mendedahkannya.

“Saya tak boleh ingatlah. Saya kena semak dulu dan bagi tahu awak,” katanya.

Apabila ditanya sama ada bangunan berkenaan milik ahli perniagaan Datuk Soh Chee Wen, beliau menafikannya.

Soh adalah bekas ahli PKR sebelum berpaling tadah yang banyak membantu parti itu dari segi kewangan antara 2007 dan 2009.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

There's no choice, they are just renters, not the owner of the building. Maybe they would need to move to another building as their office.

azman berkata...

apa boleh buat..terpulanglah kepada mereka bagaimana berhadapan dengan situasi ini.

Tanpa Nama berkata...

cari saja bangunan baru untuk disewa.

Tanpa Nama berkata...

mcm2 musibah menimpa PKR ni.

Unknown berkata...

Semakin hari semakin bertambah masalah parti PKR. Sebelum ini dengar PR akan dibatalkan kerana melanggar pelembangaan parti.

Tanpa Nama berkata...

PKR tidak mampu membeli sebuah bangunan bagi menempatkan ibu pejabat mereka??