HALAMAN SANTAI

Khamis, 5 Mei 2011

Interlok dikeluarkan dari rak teks perpustakaan P Pinang

Susan Loone

Perdebatan mengenai novel sastera kontroversial Interlok yang dijadikan buku teks pelajar tingkatan lima berterusan untuk hari ketiga di dewan undangan negeri Pulau Pinang hari ini.

Dan bagi membuktikan kerajaan negeri tidak menghargai novel tersebut, Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy mengarahkan semua perpustakaan negeri mengeluarkan buku berkenaan dari seksyen buku teks.

NONEBeliau berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat kerajaan negeri semalam dan akan dimaklumkan kepada semua perpustakaan dalam tempoh terdekat.

Menurut Ramasamy kerajaan negeri tidak mengharamkan buku itu tetapi kerana kontroversial yang menyelubunginya, maka novel berkenaan tidak dibenarkan diletak di rak untuk buku teks yang lokasinya agak menonjol di perpustakaan.

Dakwanya, Interlok menghina semua kaum tetapi dipertahankan oleh Umno, khususnya timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga timbalan presiden Umno.

"Buku ini melukakan hati kanak-kanak yang mungkin tidak memahami sejarah negara dan mereka akan mendapat maklumat yang salah, khususnya membabitkan bangsa lain.

"Dengan semua ini, saya rasa agak pelik bagi BN terus mempertahankan buku tersebut... adakah mereka takut kepada PERKASA?” soalnya.

Tiada ulasan: