S Pathmawathy
Setiap tahun, kisah pelajar cemerlang yang gagal mendapatkan biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran mengikuti kursus pilihan mereka terus mendapat perhatian.
Antara mereka yang ditimpa nasib yang sama tahun ini meskipun memenuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan ialah Padmanaban.
Hasratnya untuk ke luar negara bagi mengikuti kursus perubatan ataupun kursus bioteknologi di dalam negara semuanya tidak menjadi kenyataan.
Remaja 17 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Jaafar di Seremban, Negeri Sembilan itu mendapat 9A+ dan 1A pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu dan juga aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.
"Saya layak dalam ujian rentas desa dan bermain hoki pada peringkat negeri dan juga adalah juara sekolah dalam catur dan badminton.
“Pada April lalu, saya antara mereka yang dipilih menyertai Program Pertukaran Malaysia-Amerika bersama 12 wanita yang lain,” kata Heamanthaa kepada Malaysiakini.
Semua usaha gigih ini, bersama kelayakan akademiknya bertujuan bagi mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam bagi memenuhi cita-citanya untuk menjadi seorang doktor.
"Saya dapat sepucuk surat daripada JPA pada 13 Mei dan amat gembira kerana menyangka saya sudah layak.
"Selepas membacanya saya berpendapat segala usaha saya selama ini sia-sia belaka. Saya menanggis dan apabila memberitahu ibu saya, beliau juga menanggis dan tidak dapat menerima keputusan itu,” katanya.
Sebalik ditawarkan kursus perubatan ataupun bioteknologi, Heamanthaa diberi peluang mengikuti kursus Diploma dalam bahasa Inggeris di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
"Jika cita-cita saya untuk menjadi seorang guru bahasa Inggeris, saya akan menerima tawaran itu tetapi saya mahu menjadi seorang doktor, ini tidak masuk akal,” katanya.
7 ulasan:
I feel really sorry for these students for not able to obtain a scholarship after all the hard work. Please don't give up your dreams, if you have the will, there will always be a way.
The JPA should be fair in allocating scholarships to students. These top students could be a valuable asset to the country if they are given the chance to go for higher studies.
mungkin JPA ada penjelasan mereka terhadap pekara ini..
pelajar ni kena rujuk semula dengan pihak JPA. mana tau mereka boleh pertimbangkan semula.
rujuklah perkara ini terlebih dahulu ke JPA, jgnlah terus nak mendedahkan hal ini kepada media.
Ambilah jurusan perubatan didalam negera saja. Begitu banyak jurusan perubatan yang ditawarkan.
JPA perlu menjelaskan apa sebenarnya punca yang menyebabkan beliau hilang kelayakan.. MIC juga tidak patut duduk diam dalam BN..
Catat Ulasan