THE MALAYSIAN INSIDER
Bajet 2012 akan dibentangkan pada 7 Oktober.
Tahun lalu Najib (gambar), selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, membentangkan Bajet 2011 pada 15 Oktober dan kali ini dipercepatkan satu minggu.
Pengumuman tarikh itu dibuat di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan Oktober ini meskipun ada ramalan menyebut ia akan dipanggil sebelum Ramadan.
Kementerian Kewangan sedang mengakan sesi dialog tahunan mengenai bajet.
Kerajaan BN pernah membubarkan Parlimen ketika Dewan Rakyat sedang membahaskan ucapan belanjawan negara 2000 bagi membuka laluan kepada pilihan raya umum 1999.
Dalam pada itu, laporan Bernama Online memetik Najib berkata, Bajet 2012 adalah inklusif, bertumpukan rakyat dan meningkatkan langkah-langkah transformasi.Ia akan menjadi satu lagi kejayaan ke arah merealisasikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020, kata Najib.
“Marilah kita bekerja bersama-sama dalam memastikan usaha itu menjadi kenyataan,” kata Perdana Menteri pada ucapan pembukaannya pada Perundingan Bajet 2012 di Putrajaya.
Najib berkata usaha merangka Bajet 2012 sangat mencabar.
“Kita perlu bangkit dan meyediakan pendekatan dan penyelesaian yang inovatif,” kata Najib lagi.
Beliau berkata tumpuan adalah untuk melaksanakan usaha transformasi ke arah meningkatkan momentum pertumbuhan dan mengekalkan kesejahteraan rakyat.
Tahun lepas kerajaan memperuntukkan RM212 bilion untuk Bajet 2011, iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding Bajet 2010. Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi dan RM49.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan