HALAMAN SANTAI

Khamis, 5 Mei 2011

Polis belum dapat kesan lelaki akui ‘Sultan Sulu’

THE MALAYSIAN INSIDER

KOTA KINABALU – Siasatan mengenai kes seorang rakyat Malaysia yang menggelarkan dirinya “Sultan Sulu” belum selesai kerana polis tidak dapat mengesan dia untuk mendapatkan keterangan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis gagal mengesan Datu Mohd Akjan Ali Muhammad di Sabah melalui alamat terakhir beliau yang diketahui.

“Masalahnya kita masih nak mengesan dia, dia tidak ada di Sabah dan tidak ada di Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan khas pegawai awam Polis Diraja Malaysia sempena Hari Polis Ke-204 di sini hari ini yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.

Hamza berkata polis akan meneruskan usaha mengesan Datu Mohd Akjan melalui kerjasama Interpol dan juga pihak berkuasa di negara-negara Asean.

Dalam laporan Bernama hari ini, Akjan berkata, polis juga memerlukan keterangan daripada beberapa individu lagi untuk melengkapkan siasatan itu.

Khalid pula berkata lebih daripada 7,000 anggota polis telah dikeluarkan daripada tugas-tugas awam dan perkeranian dan diletakkan semula menjalankan tugas hakiki polis sejak tahun lalu.

Katanya ini merupakan usaha penempatan semula dalam pelbagai peringkat dan jabatan dalam PDRM untuk memastikan anggota polis dapat turun padang menjalankan tugas mereka manakala tugas-tugas awam diambil alih oleh pegawai-pegawai awam.

“Usaha yang kita panggil penempatan semula ini adalah berterusan, di mana pegawai-pegawai beruniform kita keluarkan daripada tugas-tugas pegawai awam dan ditempatkan di lapangan untuk menjalankan tugas kepolisan,” katanya.

24 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Banyak orang yang syok sendiri mengakui diri sebagai sultan sulu.

Mohd Ishak berkata...

Sabah tiada Sultan Sulu, jadi tak perlulah berpura-pura di sini lagi.

Tanpa Nama berkata...

mgkin dia dah larikan diri ke Sulu. dan jadi Sultan Sulu dgn 60 orang rakyat sahaja.

azman berkata...

harap polis akan dapat mengesan lelaki yang mengaku sebagai Sultan Sulu.

azman berkata...

apa pun biarlah polis melakukan apa yanng patut berhubung pekara ini.

Tanpa Nama berkata...

apa untungnya dia mengaku 'sultan sulu'.mahu merampas Sabah?

Tanpa Nama berkata...

kena usahakan untuk cari sampai dapat.biar polis buat siasatan

Kris Jr berkata...

naaa...sapa suru. sudah tangkap kasi lepas, patut ISA la trus. Sekarang ni alasan tidak dapat kesan.

Jason berkata...

If I was Akjan, where would i be.....hmmmmmmm..

Jason berkata...

Neway, hopefully he will get caught.

Sanih Alias berkata...

nampaknya Akjan melarikan diri. Sultan palsu takut kerana kebenaran.

Sanih Alias berkata...

Lelaki yang mengaku diri sebagai sultan sulu itu tidak dapat dikesan??Sungguh ajaib..Apa pun harap kebenaran dapat diketahui mengenai sultan sulu ini.

mandau berkata...

Sultan sulu tu dah larikan diri tu, takut kena tahan. apapun, dia msti dikesan.

Tanpa Nama berkata...

belum dapat kesan?? bagaimana dengan syarikat2 perniagaannya di Sabah? jika syarikat perniagaannya masih beroperasi bermakna beliau masih di negeri ini..

Tanpa Nama berkata...

cara paling mudah untuk mendesak beliau menyerah diri adalah dengan menutup semua syarikatnya dinegara ini..

Paquin berkata...

Hilang??? tu la, dulu masa naik takhta tidak dicari, sekarang baru sibuk. huhu

Paquin berkata...

Apapn, semoga hal ini mendapat perhatian sewajarnya dan diselesaikan secepat mungkin.

Unknown berkata...

Jika 'Sultan Sulu' ini tidak bersalah, kenapa beliau hilangkan diri sampai tidak dapat dikesan polis?

Unknown berkata...

Jika 'Sultan Sulu' ini tidak bersalah, kenapa beliau hilangkan diri sampai tidak dapat dikesan polis?

Tanpa Nama berkata...

Saya percayai keupayaan polis Malaysia menjejaki kesan Akjan samada ia masih dalam Sabah atau dimana jua Akjan berada.

Tanpa Nama berkata...

Parameswara lari ke Melaka lalu tubuhnya sebuah empayer Melaka.
Akjan lari entah ke mana barangkali ke sebuah pulau tunggu dinaik takta.

Unknown berkata...

Beliau tidak patut hilang diri sebelum siasatan selesai.
Kecuali dia tahu dia itu bersalah.

Tanpa Nama berkata...

Betul kata ferlo, mungkin beliau sudah jadi sultan dengan 60 orang pengikut.

Tanpa Nama berkata...

Malaysia cuma ada Sultan-sultan Melayu. Filipin tiada lagi Sultan.