MALAYSIA KINI
Selangor terus menjadi negeri yang mencatatkan pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi bagi sektor pembuatannya bagi suku pertama tahun ini, menurut perangkaan Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (Mida).Kok juga berkata Mida mencatatkan Selangor sebagai negeri dengan projek industri tertinggi iaitu 59, - kira-kira satu pertiga daripada jumlah projek keseluruhan di negara ini yang diluluskan sepanjang tempoh berkenaan.
“Jumlah FDI dan projek membuktikan bahawa ekonomi Selangor adalah kukuh dan ia adalah destinasi popular pelabur luar negara dan juga tempatan,” kata Kok.
Data Mida juga menunjukkan bahawa Johor adalah negeri utama dari segi jumlah pelaburan kapital dengan jumlah RM3.3 bilion dengan RM2.6 bilion datangnya dari pelaburan dalam negara pada tempoh yang sama.
Dari segi pelaburan kapital, Selangor berada di nombor tiga di belakang Sarawak.
Pulau Pinang pula berada di tangga kedua dalam pelaburan langsung asing dan di tangga keempat dari segi jumlah pelaburan kapital.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan